Sindiket ‘online scam’ warga China tumpas

BERPUSAT di negara China, aktiviti ‘online scam’ ini telah beroperasi lebih kurang enam bulan dengan menyewa sebuah premis di tingkat enam sebuah bangunan di Cyberjaya dengan sewa sekitar RM 360,000 sebulan.

Apabila anggota operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menghampiri kawasan itu semalam, mereka bertindak melakukan provokasi, malah ada yang bertindak merempuh dan menyerang anggota Imigresen, menyebabkan 100 orang berjaya melarikan diri, kata kenyataan JIM hari ini.

Terdapat juga antara warganegara China yang tercedera dengan mengalami luka-luka dalam usaha mereka melarikan diri. Walaubagaimanapun, keadaaan terkawal dengan bantuan daripada JIM Selangor dan JIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Hampir kesemua yang ditahan tidak dapat mengemukakan passport dan sehingga sekarang tiada wakil atau individu yang hadir mengemukakan passport-pasport mereka.

Dalam operasi ini seramai 680 warganegara China terdiri dari 603 lelaki dan 77 wanita warga China yang berusia antara 19 dan 35 tahun telah ditahan. Sebanyak 8,230 unit telefon bimbit, 174 unit komputer riba, dan 787 unit komputer peribadi telah dirampas.

Hampir kesemua yang ditahan tidak dapat mengemukakan passport dan sehingga sekarang tiada wakil atau individu yang hadir mengemukakan passport-pasport mereka. Pihak Kedutaan China di Malaysia juga telah dimaklumkan berhubung perkara ini.

Siasatan awal kesemua mereka didapati tinggal di negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial (PLS). Antara kesalahan yang dikenalpasti adalah di bawah Seksyen 39(b) kesalahan di bawah peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pas yang sah dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal lebih masa.

Keterangan gambar: Sidang Media Ketua Pengarah Imigresen berkenaan kejayaan Imigresen tumpaskan sindiket scam oleh warga China hari ini.
(Foto: FB Malaysia Immigration News Update)

Sindiket ‘online scam’ warga China tumpas

| Semasa |