Sosej – Hidangan mudah kesukaan ramai mengundang kanser?

MAKAN untuk kenyang dan makan untuk keperluan serta kesihatan badan sangat berbeza. Banyak makanan mampu membuatkan kita kenyang tetapi tidak semestinya ia baik untuk badan.

Gaya hidup masyarat Malaysia yang semakin kuat dibentuk budaya kerja yang mengambil sebahagian besar masa seharian telah menjejaskan gaya pemakanan mereka. Bilangan wanita dan ibu bekerja yang semakin meningkat menambah lagi masalah penjagaan makanan sihat sesebuah keluarga.

Ibu yang bekerja tidak cukup masa untuk memasak sendiri, maka makanan segera dan makanan ringan menjadi penyendal perut mereka sekeluarga sewaktu masing-masing bergegas mengejar rutin harian.

Anak-anak mungkin dibekalkan sosej atau burger yang boleh dibeli di gerai-gerai makanan sekitar taman atau seumpamanya; asalkan tidak lapar dan ibu terasa puas hati anak dibekalkan makanan. Ini kerana sosej seolah-olah sudah sebati dengan gaya kehidupan masyarakat kini, dan kebanyakan kanak-kanak menyukainya.

Ramai pula beranggapan salah bahawa kandungan sosej sama seperti daging atau ayam segar. Hakikatnya sosej bukanlah daging sebenar, tetapi campuran bahagian daging dan beberapa bahan penambah perisa lain. Ia adalah sejenis makanan diproses yang mempunyai beberapa ciri yang tidak sihat iaitu:

Ramai pula beranggapan salah bahawa kandungan sosej sama seperti daging atau ayam segar. Hakikatnya sosej bukanlah daging sebenar, tetapi campuran bahagian daging dan beberapa bahan penambah perisa lain. Ia adalah sejenis makanan diproses yang mempunyai beberapa ciri yang tidak sihat iaitu:

1. Tinggi kandungan lemak tepu (lemak trans meningkatkan risiko kanser)

2. Tinggi kandungan garam (sodium & MSG)

3. Tinggi bahan pengawet

4. Boleh meningkatkan tahap kolestrol ‘jahat’ dalam badan

5. Meningkatkan risiko obesiti dan kanser usus.

Menurut hantaran laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, kandungan mikronutrien yang memberi kebaikan kepada badan dalam makanan yang telah terproses adalah sangat sedikit.

Ini bukan bermakna seseorang itu tidak boleh mengambil terus sosej, tetapi menjadikannya hidangan utama atau makanan harian untuk anak-anak sangatlah tidak digalakkan.

Makanan yang baik itu bukan sahaja halal dan sihat tetapi sewajarnya ia tidak mengundang bahaya kepada tubuh badan dalam jangka masa singkat mahupun panjang. Justeru itulah agama Islam amat mengutamakan penjagaan makanan kerana ia mampu membentuk peribadi seseorang.

Sosej – Hidangan mudah kesukaan ramai mengundang kanser?

| Kesihatan |