Suami buta, isteri kaki mengecut harap ihsan jiran beri makanan

Abd Rashid Md Ali, 63, yang cacat penglihatan dan isterinya Zainon Abd Hamid, 48 tinggal bersendirian di flat Perumahan Awam Sri Pulau Pinang, di Cheras, Kuala Lumpur.

Pasangan suami isteri ini berdepan ujian getir kerana isterinya turut mengalami masalah kesihatan sehingga tidak dapat berdiri dan berjalan dengan betul.

Kaki Zainon tiba-tiba mengecut selepas mengalami demam panas setelah melahirkan anak ketiga mereka. Sudah lebih 16 tahun Zainon menderita penyakit berkenaan.

Keadaan rumah Rashid dan Zainon yang tidak terurus dan penuh dengan barang-barang yang berselerak kerana tidak mampu mengurus dan mengemas rumah berikutan pergerakan mereka yang terhad.

Walaupun dikurniakan tiga cahaya mata, namun anak-anak hanya menjenguk sekiranya salah seorang daripada mereka jatuh sakit. Keadaan rumah yang didiami pasangan ini juga tidak terurus dan penuh dengan barang yang berselerak.

Mereka juga terpaksa mengharapkan pemberian makanan daripada  jiran yang bermurah hati  dan prihatin dengan nasib pasangan suami isteri ini kerana mereka tidak boleh memasak sendiri berikutan pergerakan yang terhad berikutan masalah yang dihadapi mereka.

Untuk menderma sila layari https://ybim.org.my/suaraasnaf/ dan tekan Asnaf 06 atau  terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Gambar: Abd Rashid Md Ali, 63, yang cacat penglihatan dan isterinya Zainon Abd Hamid, 48 tinggal bersendirian di flat Perumahan Awam Sri Pulau Pinang, di Cheras, Kuala Lumpur.

Suami buta, isteri kaki mengecut harap ihsan jiran beri makanan

| Advertorial, Semasa |