Suami lumpuh separuh badan, anak sakit silih berganti, mualaf reda ditimpa ujian bertimpa-timpa

FARAH ALIYYAH Abdullah, 46, menyangka keputusan berhijrah ke Malaysia akan merubah kehidupan, namun malangnya kebahagiaan yang diimpikan tidak berpanjangan. Farah mula berdepan dengan pelbagai ujian yang hadirnya silih berganti.

Kehidupan mula berubah selepas suaminya, Mohd Rudzi Abu Kassim, 51, diserang strok empat tahun lalu menyebabkan separuh daripada badannya lumpuh, walaupun tidak terlantar. Tidak cukup dengan itu, hidupnya sekali lagi dilanda badai apabila anak keduanya, Maryam,20, disahkan menghidap penyakit Lupus SLE.

Penyakit yang menyebabkan sistem pertahanan badan meyerang tisu dan organ badannya pada Januari menyebabkan remaja itu terlantar di hospital sebelum meninggal dunia pada Oktober tahun lalu. 

Ahmad turut disahkan menghidap Lupus SLE pada akhir Disember lalu.

Belum hilang kesedihan kehilangan anak, Farah diuji lagi apabila anak lelakinya, Ahmad, 16, pula disahkan menghidap penyakit yang sama pada Disember sehingga terpaksa berhenti sekolah kerana perlu menjalani rawatan di hospital.

Ahmad yang juga menghidap diabetes kronik perlu menyuntik insulin empat kali sehari bagi mengawal paras gula di dalam darah. Setiap dua minggu beliau terpaksa ke hospital untuk menjalani ujian darah dan mengambil ubat. 

Farah bimbang memikirkan kos rawatan memandangkan penyakit ini memerlukan kos yang tinggi, sedangkan beliau tidak mempunyai pendapatan tetap yang diperoleh menerusi perniagaan jualan makanan atas talian, manakala suaminya hanya mengharapkan pencen berjumlah RM350 sebulan.

Untuk menderma sila layari https://ybim.org.my/suaraasnaf/ dan tekan Asnaf 43 atau terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Gambar: Keadaan almarhumah Maryam ketika dirawat di hospital berikutan penyakit Lupus SLE yang dideritainya menyebabkan sistem pertahanan badan meyerang tisu dan organ badan.

Suami lumpuh separuh badan, anak sakit silih berganti, mualaf reda ditimpa ujian bertimpa-timpa

| Advertorial, Semasa |