Suami tabah jaga isteri hidap kanser tulang, perut, alami masalah kewangan tanggung beban kos rawatan dan anak-anak

WALAUPUN tidak dapat keluar bekerja mencari nafkah untuk keluarga kerana menjaga isteri yang sakit, Rehmatullah Muhammad Anwar, 48, berusaha memastikan isterinya menerima rawatan terbaik dan kembali sembuh seperti sedia kala walaupun dibebani kos rawatan yang mahal.

Isterinya, Rasila Begum Abdullah, 37, tidak lagi mampu bergerak dan hanya terlantar di atas katil akibat menderita kanser tulang serta perut yang hanya diketahui enam tahun lalu. Itupun selepas doktor mengesan penyakitnya selepas beliau terjatuh di rumah dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Insiden itu menyebabkan kaki kanannya patah berikutan tulang mereput dan terpaksa dimasukkan besi. Beliau berkata, kanser itu sudah ‘bertapak’ di dalam tubuhnya sejak 2010, tetapi baharu dikesan lima tahun kemudian. Kanser itu sudah di tahap empat dan sukar dirawat berikutan kuman sudah merebak di bahagian kaki kanannya.

Rasila bimbang memikirkan kos rawatannya yang menelan belanja tinggi memandangkan suaminya tidak dapat keluar
bekerja kerana Rasila memerlukan bantuan untuk menguruskan diri.

Tambah mengejutkan, apabila beliau disahkan pula menghidap kanser perut pada 2018 selepas sel kanser merebak sehingga menyebabkan perutnya membengkak dan beliau tidak lagi mampu bergerak dan hanya terlantar di atas katil. 

Beliau reda dengan nasib diri dan menerima ujian penyakit itu dengan hati terbuka, kerana hanya keajaiban Allah boleh menyelamatkan Rasila.

Dalam keadaan terlantar Rasila tidak mampu menjalankan tanggungjawab menguruskan keluarga. Kini tanggungjawab menguruskan rumah diambil alih sepenuhnya oleh suaminya. Rehmatullah tidak dapat meneruskan pekerjaan kerana bimbangkan keadaan isteri sekiranya dibiarkan seorang diri di rumah tanpa pengawasan. Mereka tidak boleh mengharapkan anak-anak untuk menjaga Rasila sepenuh masa kerana masih bersekolah.

Disebabkan suami tidak dapat bekerja, masalah kewangan keluarga ini semakin meruncing kerana wang simpanan semakin menyusut dan tiada sumber pendapatan. Tambah membimbangkan kerana kos rawatan Rasila tinggi selain memikirkan perbelanjaan dua lagi anak yang masih belajar.

Disebabkan suami tidak dapat bekerja, masalah kewangan keluarga ini semakin meruncing kerana wang simpanan semakin menyusut dan tiada sumber pendapatan. Tambah membimbangkan kerana kos rawatan Rasila tinggi selain memikirkan perbelanjaan dua lagi anak yang masih belajar.

Keluarga ini hanya bergantung kepada bantuan bulanan yang diberikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM200 dan Baitulmal sebanyak RM250 sebulan, selain mengharapkan ihsan daripada jiran dan rakan-rakan.

Biarpun bersyukur kerana mendapat bantuan, namun ia tidak mencukupi kerana mereka perlu melunaskan sewa rumah berjumlah RM300 sebulan selain bil utiliti, perbelanjaan dua anak yang masih bersekolah dan rawatan perubatan Rasila.

Gambar: Rehmatullah menguruskan keperluan Rasila yang tidak lagi mampu bergerak dan hanya terlantar akibat menderita penyakit kanser tulang serta perut.

Untuk menderma sila layari http://ybim.org.my/suaraasnaf/ dan tekan Asnaf 32 atau  terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Suami tabah jaga isteri hidap kanser tulang, perut, alami masalah kewangan tanggung beban kos rawatan dan anak-anak

| Advertorial, Semasa |