Syarat dikenakan ‘makan diri’ sendiri, pasangan pelayar ini tidak tahu Covid-19 sedang menyerang dunia

TATKALA seluruh dunia cemas dan bimbang menghadapi penularan Covid-19 yang telah banyak meragut ramai nyawa, pasangan dari Itali yang sedang belayar di lautan ini tidak sedar pun yang dunia sedang diserang pandemik ini, khususnya di negara mereka sendiri.

Elena Manighetti dan pasangannya, Ryan Osborne hanya tahu bencana yang sedang menimpa dunia ini setelah 25 hari mereka belayar.

Mereka berdua baru berpeluang menjelmakan impian mereka sejak tahun tahun 2017, iaitu berhenti kerja, membeli kapal dan mengelilingi dunia.

Namun ternyata perancangan mereka terhalang apabila tidak dapat meneruskan pelayaran bahana wabak yang sedang melanda; yang tidak pernah disangka-sangka.

Selain komunikasi terhad dengan dunia luar ketika belayar, syarat yang dikenakan mereka berdua kepada keluarga juga alasan utama kenapa berita itu lambat sampai kepada mereka.

Selain komunikasi terhad dengan dunia luar ketika belayar, syarat yang dikenakan mereka berdua kepada keluarga juga alasan utama kenapa berita itu lambat sampai kepada mereka.

Menurut laporan Daily Mail, Elena berkata mereka telah berpesan kepada keluarga supaya tidak menghubungi mereka berdua sekiranya khabar yang ingin disampaikan itu buruk.

Hanya ketika berlabuh di Caribbean, barulah mereka tahu tentang wabak yang telah menjangkiti hampir seluruh dunia itu.

Sebelumnya Elena pernah mendapat tahu mengenai virus yang melanda China namun menyangka ia telah berakhir sewaktu mereka berada di laut.

Mereka berdua sangat terkejut apabila mendapat tahu negara sendiri berhadapan situasi sangat buruk akibat wabak ini; apatah lagi dimaklumkan bapanya bahawa mereka sekeluarga telah berkurung berminggu-minggu di rumah mereka di Lombardy, Itali.

“Saya dan Ryan tidak menyedari wabak itu memberi kesan kepada keluarga kami sehingga kami berlabuh dan menghubungi bapa saya.

“Ia perbualan sangat sukar, menggambarkan keadaan mengerikan dalam rumah,” katanya.

Elena menyatakan beliau sangat terkesan dengan berita yang menyatakan bandar kediamannya kehabisan keranda dan tiada tempat lagi untuk pengebumian mangsa Covid-19, malah beberapa orang yang beliau kenal juga turut menjadi mangsa.

Pasangan itu berharap dapat meneruskan penjelajahan tetapi kini terperangkap dengan halangan termasuk musim taufan yang melanda Jun depan.

Mereka yang kini tersadai di Bequi, Saint Vincent menganggap pelayaran mereka itu sekarang ini terperangkap di antara badai dan pandemik Covid-19 yang entah bila akan berakhir.

Gambar: Elena Manighetti (kiri) dan pasangannya, Ryan Osborne tahu mengenai serangan Covid-19 setelah 25 hari belayar. (Daily Mail)

Syarat dikenakan ‘makan diri’ sendiri, pasangan pelayar ini tidak tahu Covid-19 sedang menyerang dunia

| Semasa |