ANAK bongsu yang sangat risau tentang kesihatan ibunya ini sanggup memanjat saluran paip dan menenggek di tepi tingkap sebuah hospital di Hebron setiap hari demi menjenguk ibunya yang ditempatkan di situ. Pemuda berusia 30 tahun itu, Jihad Al-Suwaiti mahu memastikan ibunya yang dijangkiti Covid-19, mendapat penjagaan dan perhatian sebaik mungkin kerana umum mengetahui tiada sesiapa […]

Read more

SEJAK 1 Syawal lalu warga Malaysia seolah-olah peserta lumba lari yang berada di garisan pemula, menunggu tembakan pelepasan dari penjaga masa. Sebaik sahaja tembakan berdentum di udara semalam, masing-masing menyerbu lebuh raya untuk pulang ke kampung bagi meraikan Aidilfitri yang masih berbaki. Ramai yang sudah tidak sabar memeluk ayah bonda yang berbulan-bulan tidak bersua, apatah […]

Read more

MENUNAIKAN permintaan terakhir pesakit yang sedang berdepan kematian adalah satu jasa murni yang akan dikenang hingga mati oleh mereka yang akan meninggalkan dunia. Wajah Kees Veldboer akan diingati pesakit dan dibawa mati oleh setiap mereka yang terhutang budi dengan perkhidmatan yang disediakannya – membantu merealisasikan permintaan terakhir seseorang. Bekas paramedik berusia 60 tahun ini membeli […]

Read more

“TEMPAHAN nasi dagang, nasi kerabu lauk daging bakar dan ikan celup tepung untuk esok kini dibuka. Tempahan tutup pukul 10.00 pagi. Penghantaran pukul 4.30 petang hingga 6.30 petang.” Demikian hantaran dalam grup WhatsApp sebuah perdesaan sederhana dan elit di pinggir Putrajaya. Perdesaan yang mengandungi hampir 1,000 rumah itu menerima satu keadaan baharu berikutan perlaksanaan Perintah […]

Read more

NILAI sesuatu maklumat bukan sahaja perlu tepat tetapi juga pantas. Kedua-dua kualiti yang perlu digabung ini adalah pra syarat baharu dalam dunia maklumat yang digerakkan oleh teknologi komunikasi terkini abad ini. Ini kerana kecanggihan teknologi juga disalahgunakan oleh penyebar maklumat palsu untuk tujuan yang tidak jelas; malah semakin menjadi-jadi kini. Ketika banyak pihak terutama Majlis […]

Read more

BENARLAH kata bijak pandai, untuk menambahkan syukur lihatlah orang yang kurang bernasib baik daripada kita. Selain rasa bersyukur dengan apa yang ada, secara tidak langsung ia dapat menghilangkan rasa sedih atau rasa sayu hati tatkala berada dalam kesusahan atau kesedihan. Azmi (bukan nama sebenar) menghubungi Admin untuk berkongsi pengalamannya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), […]

Read more

BAGAI burung dalam sangkar yang dilepas keluar, begitulah agaknya perasaan pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta yang terkandas di ibu negara apabila mendapat keizinan untuk pulang ke kampung setelah sebulan lebih terperap di bilik. Menurut MKN, bermula malam tadi mereka dibenarkan memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman masing-masing setelah sedikit kelonggaran diberi, sebagaimana […]

Read more

COVID-19 wabak terbesar pada abad ke 21 ternyata bukan sahaja meragut 165, 059 nyawa daripada 2.4 juta kes di seluruh dunia malah meninggalkan kesan secara psikologi yang sangat membimbangkan. Covid-19 mencetuskan satu ‘normal baharu’ untuk menguruskan kehidupan yang menakutkan. Syukur di Malaysia belum ada kes kesan secara psikologi yang dilaporkan setakat ini. Malah dengan kecekapan […]

Read more

OLEH ROKIAH ISMAIL (rokiah@tvalhijrah.com) “SEMPENA hari jadi saya, 21 April, hadiah paling istimewa untuk saya ialah, kalau boleh rakyat Malaysia kekal duduk di rumah dan amalkan kebersihan yang tinggi.” Itulah harapan wira yang bertungkus lumus menangani wabak Covid-19 di tanah air kita, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. Mengharapkan warga Malaysia sentiasa sihat dan selamat dengan […]

Read more

OLEH ROKIAH ISMAIL (rokiah@tvalhijrah.com) MERAIKAN ulangtahun perkahwinan ke-50 dalam wad unit rawatan rapi (ICU) sambal berpegangan tangan dari katil masing-masing adalah kenangan manis yang tidak terlupakan pasangan warga emas dari Itali ini. Kek kecil yang dihiasi 50 lilin walaupun tanpa dinyalakan kerana faktor keselamatan juga sangat besar ertinya dalam saat-saat terpuruk mendiami ruang yang membatasi […]

Read more