IMPIAN anak muda ini untuk menjalani kehidupan normal seperti individu lain tidak pernah padam walaupun pergerakannya semakin terbatas ekoran penyakit kaki gajah yang dikesan sejak lahir. Beliau tabah menempuh kesengsaran hidup sejak 15 tahun lamanya walaupun kini kakinya membesar dengan anggaran berat 60 kilogram. Walaupun penyakit yang turut dikenali sebagai lymphatic filariasis itu masih belum […]

Read more

DUA beradik ini seakan tidak mengerti keperitan hilang ibu tersayang sekelip mata dalam usia yang masih mentah apabila wanita yang melahirkan mereka maut selepas terbabit dalam nahas jalan raya pada tahun 2008. Lebih malang, empat tahun selepas pemergian ibu mereka, Linafsha Arnia Mohd Asni, 16, dan abangnya Muhammad Aftarihan Arnia, 17, hilang tempat bergantung apabila […]

Read more

MUHAMMAD Hakimi Abdullah, 19, sanggup berkorban menggalas tanggungjawab menguruskan abangnya yang juga orang kurang upaya sejak lahir memandangkan ibu bapa sudah lanjut usia dan tiada kudrat untuk melakukan tugas berat itu. Atas dasar kasih sayang dan menghargai pengorbanan orang tua, pelajar Semester Tiga Diploma Kejuruteraan Awam Politeknik Kota Bharu ini bijak membahagikan masa antara […]

Read more

SEJUJURNYA, sukar untuk menggambarkan perasaan pasangan suami isteri ini yang dikurniakan cahaya mata menghidap penyakit Holoprosencephaly sejak lahir. Bayi istimewa itu, Muhammad Bilal Yusra kini mencecah usia setahun empat bulan hanya terlantar ekoran saiz kepalanya yang semakin membesar saban hari. Bayi istimewa ini turut menderita penyakit jantung berlubang dan bibir sumbing. Ukuran […]

Read more

TARIKH 26 Ogos 2021 tidak akan dilupakan Siti Nur Azizah Syafriadi, 17, seumur hidup apatah lagi tragedi yang berlaku pada malam Khamis itu meninggalkan detik hitam dalam hidup apabila tangan kanannya terpaksa dipotong sehingga paras bahu akibat kerakusan tiga lelaki tidak berperikemanusiaan.  Dalam kejadian pada jam 12.30 malam itu, motosikal yang dinaiki Siti Nur Azizah […]

Read more

MEMBESARKAN empat anak yang berusia antara 12 hingga empat tahun bukan tugas mudah tambahan pula tanggungjawab berat itu terpaksa dipikul sendirian apabila suami tercinta meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung pada Julai tahun lalu. Pemergian itu meninggalkan kesan mendalam memandangkan Norhaslina Abdul Aziz, 35, dan anak-anak hilang tempat bergantung sekelip mata. Tidak hanya diuji […]

Read more

BIARPUN sedih diuji permata hati sulungnya, Muhammad Harraz Naufal, meninggal dunia ketika berusia dua bulan disebabkan penyakit saraf atau Spinal Muscular Atrophy empat tahun lalu, Nik Nurul Shuhada Nik Soh @ Yusoff, 27, bersyukur apabila dikurniakan peluang kedua untuk memiliki cahaya mata.  Namun wanita ini sekali lagi diuji apabila kandungan kedua yang diharap menjadi […]

Read more

DEMI kasih dan sayang, ibu tabah ini sanggup mengabdikan diri menjaga anak sulungnya yang perlu dijaga seperti bayi sejak 12 tahun lalu. Meskipun bukan tugasan mudah dan memerlukan kesabaran yang tinggi, Siti Zulyana Mohd Rafik, 34, tidak pernah mengeluh membesarkan anaknya Muhammad Amirul Mukmin Mohamad Rozaini, atau lebih mesra dipanggil Along. Kehadiran Along yang juga […]

Read more

HIDUP sebatang kara dan tidak pernah mendirikan rumah tangga tatkala meniti usia emas bukanlah perkara mudah, namun Che Soom Ismail, 62, tidak boleh bergantung harap kepada sesiapa, sebaliknya perlu membanting kudrat tulang empat kerat yang masih bersisa demi sesuap nasi. Walaupun menderita beberapa penyakit kronik seperti darah tinggi, kolestrol dan kencing manis, beliau tidak punyai […]

Read more

PERIBAHASA “kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari” tepat menggambarkan pengalaman hidup yang ditempuh keluarga ini. Kehidupan yang selesa dinikmati Zira dan keluarganya berubah secara tiba-tiba akibat ujian sakit. Zira, ibu kepada dua anak ditimpa sakit angin ahmar dan jangkitan kuman pada injap jantung. Beliau dinasihatkan doktor agar menjalani pembedahan dengan kadar […]

Read more