HARI ini sudah 20 hari kita berpuasa, dua pertiga bulan Ramadan telah dilalui dengan pelbagai kadar amalan masing-masing. Esok pula kita berdepan dengan sepuluh hari terakhir yang lazimnya menjadi medan ibadat hamba yang sedar akan manfaatnya. Ramai yang sudah tahu kelebihan satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan yang dikatakan berada dalam sepuluh malam […]

Read more

SEMAKIN dekat seseorang hamba kepada Allah s.w.t., semakin dekatlah pula Dia kepada hamba. Semakin mengenal Allah, semakin pula hamba mengenal dirinya; di mana lompang-lompang yang masih belum terisi dengan pengabdian sepenuhnya kepada-Nya. Ibadah puasa yang dilakukan dengan niat semata-mata meraih keredhaan Ilahi berupaya membersihkan hati yang mungkin sebelum ini dipenuhi noda dan dosa, sifat mazmumah, […]

Read more

“AKU berpuasa.” Itulah jawapan ringkas yang diajar Rasulullah s.a.w. kepada umatnya apabila diperli atau dicaci sewaktu sedang berpuasa. Latihan mengawal emosi yang dititip Baginda ini berupaya melatih umatnya menghadapi sebarang perlakuan manusia terhadap dirinya. Seorang mukmin yang sentiasa memikirkan pembaikan diri sangat berhajat kepada latihan sebegini, apatah lagi mereka yang terlibat dengan bidang dakwah yang […]

Read more

KEJAYAAN seorang mukmin itu bukanlah diukur pada harta dan kekayaan yang dimilikinya, atau setinggi mana pangkat kedudukannya dalam masyarakat. Pengukur sebenar kejayaan seseorang itu ialah sebanyak mana matlamat yang digariskan Allah s.w.t. telah dicapai olehnya. Sabar dalam mengerjakan ibadat puasa dan berubah ke arah yang lebih baik sepanjang tempoh sebulan sebagaimana yang dikehendaki agama merupakan […]

Read more

APABILA perut mula berkeriuk, tekak dan bibir pun kering dan badan lemah kerana seharian tidak makan minum, barulah seseorang akan rasa betapa deritanya mereka yang terpaksa menahan lapar. Pada masa beginilah seseorang yang berpuasa akan merasai pengalaman mereka yang malang; sama ada mereka itu dilanda kemiskinan sehingga tiada wang mahu memenuhi keperluan makanan, atau mereka […]

Read more

PUASA yang mengehendaki umat Islam supaya tidak makan dan minum, menjaga perkataan serta mengelakkan daripada melakukan pelbagai perkara yang boleh membatalkan ibadat ini sebenarnya bertujuan untuk meningkatkan kesihatan fizikal manusia. Hal ini banyak dibuktikan melalui penemuan sains di mana pakar pemakanan serta doktor menyatakan perut manusia memerlukan rehat dalam tempoh tertentu. Kajian sains sangat selari […]

Read more

SEMEMANGNYA sifat manusia, semakin dilarang semakin rasa mahu membuatnya. Begitu juga pada bulan puasa; makanan yang tidak pernah menjadi kesukaan pun kadangkala menerbitkan rasa keinginan bersangatan untuk mencubanya. Di situlah ujian seorang hamba menilai antara kehendak sebenar atau sekadar ujian nafsu yang datang menggoda. Sabar menghadapi kerenah manusia yang menguji keimanan sewaktu dalam keadaan lapar […]

Read more

BERJUANG menundukkan hawa nafsu memerlukan kekentalan jiwa. Dalam bulan Ramadhan, kita dilatih melawan nafsu dengan larangan melakukan perkara yang membatalkan puasa; tidak kira ia sememangnya perbuatan yang haram atau juga dihalalkan dalam bulan lain. Umat Islam dilarang makan minum pada tempoh waktu yang ditentukan untuk memberi ruang kepada penguatan jiwa yang kebanyakannya dipengaruhi oleh pemakanan. […]

Read more

PUASA adalah ibadat yang paling relevan untuk mengukur tahap keikhlasan seseorang hamba terhadap Tuhannya. Ini kerana puasa merupakan rahsia antara hamba dan Penciptanya. Seseorang yang berpuasa boleh sahaja berbuka tanpa diketahui orang kerana ia tidak melibatkan pergerakan seperti solat ataupun menunaikan haji. Namun bagi hamba yang bertakwa, mereka melakukan sesuatu ibadat kerana Allah dan sentiasa […]

Read more

DALAM sesebuah majlis rasmi untuk sebuah acara orang-orang besar biasanya akan disediakan meja khas untuk para tetamu yang diundang. Masing-masing mempunyai nombor meja, malah ada pula tetamu yang disediakan nama di meja tertentu. Ia menunjukkan betapa istimewanya tetamu itu pada perkiraan tuan punya majlis, sebagai meraikan ketibaan tetamu yang sangat diharapkannya. Situasi ini adalah perkiraan […]

Read more