IAN Affandi Mohd Din, 52, diberhentikan kerja ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac tahun lalu. Namun apabila ibunya Aminah Sadin, 72, diserang strok ketika sambutan Aidiladha, beliau yang sebelum ini menetap di Pasir Gudang pulang ke Petaling Jaya untuk berkhidmat kepada ibunya. Ibu Ian tidak berdaya mengurus diri sendiri dan memerlukan bantuan sama ada untuk […]

Read more

RUMAH daif sebesar bangsal di Kampung Sungai Perling Baru, Lorong 4, Taman Perling, Johor Bahru, Johor, menjadi tempat seorang ibu tunggal, Awin, 31, (bukan nama sebenar), bersama enam anaknya berusia antara 10 hingga tiga tahun berteduh, selepas diusir bekas suami sebaik bercerai. Namun rumah berkenaan tidak selamat berikutan sistem pendawaian yang tidak sempurna dengan wayar […]

Read more

REALITI kehidupan seniman Amran Tompel, 70, tidak seindah filem yang dilakonkan untuk menghiburkan peminat. Beliau kini terlantar sepenuhnya di katil akibat serangan angin ahmar ketika awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu. Amran kini terpaksa mengharapkan bekas isteri beliau untuk menjaga dan menguruskan keperluan dirinya yang tidak berdaya dan memerlukan bantuan untuk makan […]

Read more

DALAM usia senja, Safiah Sulong, 71, terpaksa menggagahkan diri mengutip barang kitar semula demi sesuap nasi akibat kesempitan hidup. Hidup ibu tua ini penuh keperitan dan terpaksa tinggal di dalam rumah yang sangat daif yang tiada jalan masuk lantaran dipenuhi timbunan sampah sarap sisa daripada barangan kitar semula yang dikutipnya. Beliau terpaksa bekerja keras mencari […]

Read more

MOHD Hafis Mohammed Yusuf, 36, terpaksa menanggung kesakitan yang berpanjangan akibat sebahagian tempurung kepalanya terpaksa dibuang akibat serangan strok yang hampir meragut nyawanya, Mei lalu. Serangan strok menyebabkan bahagian kiri tubuh bekas mekanik ini lumpuh dan hanya menuturkan sepatah-sepatah perkataan. Mohd Hafis  memerlukan perhatian khusus sepenuh masa dan perlu dibantu untuk menyebabkan isterinya, Juriah Shamsudin, […]

Read more

HIDUP Mohd Shakier Ismail, 50, berubah 360 darjah selepas terbabit dalam kemalangan langar lari pada Februari 2016. Kejadian ini berlaku ketika beliau dalam perjalanan ke tempat kerja hingga menyebabkan tulang belakangnya patah dan disahkan sebagai OKU. Empat tahun selepas kemalangan, keadaan Mohd Shakier tidak banyak berubah, dia yang tidak berupaya bekerja hanya mampu terbaring berikutan […]

Read more

WANI, 39, (bukan nama sebenar) keluar sehelai sepinggang bersama anak kecil berusia dua tahun dan meninggalkan tiga lagi anak akibat tidak tahan menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Lebih 19 tahun sepak terajang  suami menjadi ‘makanan ruji’ Wani dan anak-anaknya menyebabkan wanita ini nekad meninggalkan rumah selepas suami ‘naik minyak’ hanya kerana gagal menghubunginya. Beliau yang dalam […]

Read more

SUDAHLAH diuji dengan menghidap kanser ovari tahap tiga, Suraida Mohammad, 44, yang turut menderita penyakit kencing manis dan darah tinggi turut berdepan ujian getir apabila permata hatinya, Nur Amiera Maisarah, 11, disahkan menghidap penyakit kelenjar tiroid ketika berusia tiga tahun. Penyakit itu menyebabkan anaknya mengalami masalah pembelajaran berikutan tumbesaran dan perkembangan otaknya terencat akibat kekurangan hormon […]

Read more