Terpaksa berhutang demi pastikan perut tiga anak terisi

KEHIDUPAN Norlia Mansor, 41, berubah sepenuhnya sebaik sahaja diserang strok pada 2018. Norlia kini menghabiskan masa dengan terbaring di atas katil akibat penyakit itu.

Pergerakkannya terbatas dan terpaksa mengharapkan bantuan suami dan anak-anaknya untuk menguruskan diri.

Malah, tanggungjawab mengurus keluarga diambil alih sepenuhnya oleh suami, Muhammad Affendy Abdullah, 33, dengan dibantu tiga anak yang masih kecil.

Keluarga ini dihimpit masalah kewangan berikutan hanya bergantung sepenuhnya kepada pendapatan suami yang bekerja sebagai pengawal keselamatan kerana Norlia sudah tidak mampu bekerja.

Dengan pendapatan sekitar RM1,500 sebulan, suaminya perlu menyediakan lampin khas untuk kegunaan Norlia selain keperluan persekolahan tiga anaknya.

Tanggungjawab menguruskan rumah tangga dan menjaga Norlia diambil alih sepenuhnya oleh suaminya Muhammad Affendy.

Ada ketika, Norlia terpaksa menebalkan muka berhutang dengan penghantar makanan kerana tiada wang membeli makanan untuk anak-anaknya.

Kerana kesempitan hidup juga, sudah dua bulan sewa rumah dan elektrik tertunggak. Malah, bekalan lampin pakai buang Norlia terputus dan dia juga tidak dapat membeli susu khas yang dicadangkan doktor untuk pesakit strok kerana suami tidak mampu membelinya.

Untuk menderma sila layari https://ybim.org.my/suaraasnaf/ dan tekan Asnaf 15 atau  terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Gambar: Norlia hanya ditemani dan diuruskan anaknya Nur Awanda Dania, 11; Muhammad Ammar Dannish,9; Dania, 11; Muhammad Ammar Dannish,9; dan Nur Melinda Damia, 5, ketika suaminya keluar bekerja.

Terpaksa berhutang demi pastikan perut tiga anak terisi

| Advertorial, Semasa |