Terpaksa kitar semula beg penutup usus akibat kemiskinan

SEORANG pekerja kilang, Mohd Firdaus Mohd Kahrul Anwar, 34, bersama isteri, Mas Enzati Abd Manaff, 32, sanggup tinggal bersesak-sesak bersama 10 lagi  ahli keluarga dalam sebuah rumah kecil yang daif.

Sebahagian besar pendapatan dibelanjakan untuk menampung kos perubatan dua anak yang menghidap penyakit ‘thin corpus collusum’ dan ‘posterior fossa arachoid cyst likely familial’ selain mempunyai masalah sindrom ‘dandy walker variant’ dan ‘global development delay’.

 

Mohd Firdaus dan Mas Enzati buntu memikirkan cara untuk menampung kos perubatan anak-anaknya selepas waktu bekerja Mohd Firdaus di kilang dikurangkan kepada empat kali seminggu.

Selain masalah kesihatan anak , pasangan ini turut diuji dengan masalah kesihatan bapa Mas Enzati, Abd Manaff Abu Bakar yang menderita penyakit usus kronik sejak 30 tahun lalu.

Akibat kemiskinan dan kos beg penutup usus sangat mahal, Abd Manaff terpaksa mencuci dan mengitar semula beg itu berulang kali bagi menjimatkan perbelanjaan.

Untuk menderma sila layari https://ybim.org.my/suaraasnaf/ dan tekan Asnaf 01 atau terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Gambar: Abd Manaff terpaksa mencuci dan menggunapakai semula beg penutup usus berulang kali kerana harga yang terlalu mahal dan tidak mampu mendapatkan rawatan di hospital.

Terpaksa kitar semula beg penutup usus akibat kemiskinan

| Advertorial, Semasa |