Terpaksa tangguh pembedahan dihimpit masalah kewangan

MOHD Hafis Mohammed Yusuf, 36, terpaksa menanggung kesakitan yang berpanjangan akibat sebahagian tempurung kepalanya terpaksa dibuang akibat serangan strok yang hampir meragut nyawanya, Mei lalu.

Serangan strok menyebabkan bahagian kiri tubuh bekas mekanik ini lumpuh dan hanya menuturkan sepatah-sepatah perkataan.

Juriah mengambil cuti tanpa gaji memandangkan Mohd Hafis memerlukan perhatian khusus setiap masa.

Mohd Hafis  memerlukan perhatian khusus sepenuh masa dan perlu dibantu untuk menyebabkan isterinya, Juriah Shamsudin, 35, yang bertugas sebagai kerani bercuti tanpa gaji.

Pasangan yang dikurniakan dua cahaya mata ini terpaksa menangguhkan pembedahan kedua untuk memasang tempurung kepala palsu yang menelan kos tinggi berikutan dihimpit masalah kewangan dan tiada wang simpanan. 

Untuk menderma sila layari https://ybim.org.my/suaraasnaf/ dan tekan Asnaf 10 atau  terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Gambar: Sebahagian tempurung kepala Mohd Hafis terpaksa dibuang akibat serangan strok yang berpunca daripada tekanan darahnya yang terlampau tinggi.

Terpaksa tangguh pembedahan dihimpit masalah kewangan

| Advertorial, Semasa |