Tidak dapat hidu asap kebakaran, satu keluarga positif Covid-19 yang nyaris nahas terbakar sempat diselamatkan anak yang negatif Covid-19

BIANCA Rivera, 17 merupakan satu-satunya ahli keluarga dari yang tidak dijangkiti wabak Covid-19 pada masa seluruh ahli keluarganya didapati positif pandemik itu.

Malah dengan takdir yang menyebelahinya itu juga Rivera berjaya menyelamatkan keluarganya daripada mati rentung dalam kebakaran apabila beliau menyedari rumah mereka sedang terbakar awal pagi Jumaat lalu.

Menurut laporan CNN, dalam kejadian yang berlaku di Waco, Texas, AS itu, tiada seorang pun daripada mereka menyedari kebakaran tersebut kerana kegagalan mereka menghidu bau asap dari kebakaran itu selepas deria bau mereka hilang akibat positif Covid-19.

Rivera bertindak mengejutkan ahli keluarganya yang sedang tidur dan mereka semua dilaporkan berjaya melarikan diri dengan selamat.

Menurut Rivera, beliau dapat mengesan kebakaran itu setelah terhidu bau plastik terbakar dan mendapati rumahnya telah dipenuhi asap.

Selain ahli keluarganya, remaja itu juga berjaya menyelamatkan empat ekor anjing peliharaan keluarga mereka.

Gambar: Rumah keluarga yang hampir terbakar di Waco, Texas kerana penghuni rumahnya yang positif Covid-19 gagal mengesan bau asap. (Foto kvia.com)

Tidak dapat hidu asap kebakaran, satu keluarga positif Covid-19 yang nyaris nahas terbakar sempat diselamatkan anak yang negatif Covid-19

| Semasa |