Tiga beranak terpaksa kongsi selipar lantaran kesempitan hidup

TIADA siapa menyangka rumah yang begitu  daif, berlantaikan simen yang binaannya ala kadar dan bumbung  yang bocor di sana sini, dianggap seperti ‘istana’ bagi pasangan suami isteri ini dan lima anak mereka.

Rohani Mohd Nor, 37, dan suami, Mohamad Syahril Md Anuar, 41, serta anak mereka, Az-Zubair Al-Awwam, 18; Al-Alif Al-Awwam, 17; Al-Ikbar Al-Awwam, 13; Puteri Aleeya Alisha, 12; dan Puteri Aleeya Aishah, 9 bulan berteduh di ‘syurga’ itu sejak sepuluh tahun lalu.

Rumah itu dahulunya didiami buruh warga Indonesia, dibina atas sebidang tanah di sebuah lokasi agak terpencil berhampiran ladang kelapa sawit di  Felda Lurah Bilut, Bentong, Pahang.  

Namun, Rohani yang mesra membahasakan dirinya sebagai Ani, amat bersyukur kerana keluarganya masih mempunyai tempat berlindung tambah pula empat anaknya masih bersekolah.

Rumah yang didiami Ani bersama suami dan lima anak dahulunya didiami buruh warga Indonesia, dibina atas sebidang tanah di sebuah lokasi agak terpencil berhampiran ladang kelapa sawit di Felda Lurah Bilut, Bentong, Pahang.

Tambah membebankan anak sulung dan kedua akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini manakala anak kecil pula masih belum cukup setahun.

Bebanan kewangan sememangnya menghimpit, apatah lagi kehidupan mereka bergantung sepenuhnya dengan pendapatan suami sebanyak RM300 sebulan dengan mengambil upah mengerjakan ladang kelapa sawit dan kerja kampung.

Makan minum seharian juga tidak menentu. Jika ada wang dapatlah mereka membeli lauk, kalau tidak, tujuh beranak itu hanya makan cucur tepung sahaja.  

Ani juga hanya memberikan anak wang syiling untuk berbelanja di sekolah dan jika tiada wang dalam simpanan anak-anaknya tidak akan ke sekolah.

Lantaran kesempitan hidup juga, Ani terpaksa berkongsi selipar dengan dua lagi anaknya. Katanya, bukan tidak mahu membeli sepasang selipar untuk setiap anaknya, tetapi lebih banyak keperluan yang perlu didahulukan.

Lantaran kesempitan hidup juga, Ani terpaksa berkongsi selipar dengan dua lagi anaknya. Katanya, bukan tidak mahu membeli sepasang selipar untuk setiap anaknya, tetapi lebih banyak keperluan yang perlu didahulukan.

Justeru itu, dia rela berkongsi selipar asalkan dapat menyediakan kemudahan pembelajaran dan membeli makanan bagi memastikan mereka dapat tidur lena kekenyangan.

Untuk menderma sila layari https://ybim.org.my/suaraasnaf/ dan tekan Asnaf 23 atau  terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Gambar: Ani menidurkan anak bongsunya, Puteri Aleeya Aishah, sembilan bulan.

Tiga beranak terpaksa kongsi selipar lantaran kesempitan hidup

| Advertorial, Semasa |