TV AlHijrah jalin kerjasama sinergi bangunkan aplikasi kandungan Islamik

PRINSIP bertolong-menolong dalam berbuat kebaikan dan ketakwaan mendorong AlHijrah Media Corporation (TV AlHijrah) mengorak langkah setapak lagi membantu pembangunan usahawan tanah air dengan menandatangi memorandum persefahaman dengan Malakat Mall Sdn Bhd (Malakat Mall).

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, ia sekaligus meningkatkan kerjasama antara mereka yang telah pun berlangsung sebelum ini.

Idea penubuhan Malakat Mall yang akan dilancarkan pada 1 Mac ini selari dengan aspirasi TV AlHijrah untuk meningkatkan penyertaan usahawan bumiputera dalam pasaran runcit menerusi pusat beli belah yang menghimpunkan kesemua produk bumiputera.

“Atas persamaan ini saya melihat kerjasama antara dua organisasi besar iaitu Malakat Mall dan TV AlHijrah berlangsung dalam pelbagai platform, menggunakan pelbagai sumber sesuai dengan kapasiti TV AlHijrah sebagai media penyiaran negara berorientasikan Islam dan Malakat Mall selaku syarikat yang memberikan perkhidmatan dalam bidang pembangunan usahawan,” kata Namanzee.

Melalui memorandum persefahaman ini, TVAH bersetuju untuk berkongsi platform dan menggalakkan kerjasama dalam bidang pemasaran vendor Malakat Mall, pembangunan IP kandungan baharu, drama, filem dan program pendidikan, pembangunan aplikasi kandungan Islamik serta media baharu Aflix dan lain-lain kerjasama yang dianggap sesuai.

“Saya amat berharap agar pemetraian perjanjian kerjasama ini akan merancakkan bidang-bidang kerjasama yang sedia ada antara TV AlHijrah dan Malakat Mall, di samping menjana bidang kerjasama yang baharu yang berpra-syarat memberi impak dan manfaat kepada semua,” jelas beliau lagi.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) kerjasama strategik dengan Malakat Mall di Kompleks Brainy Bunch di Cyberjaya semalam.

TV AlHijrah jalin kerjasama sinergi bangunkan aplikasi kandungan Islamik

| Semasa |