TV AlHijrah luaskan dakwah dengan aplikasi Spotify sempena Ramadan

OLEH ILHAM SALIO

MENSASARKAN capaian kandungan yang lebih luas dan pelbagai, TV AlHijrah meneroka satu lagi wadah penyiaran menerusi aplikasi Spotify yang akan bermula Ramadan ini.

Rancangan tazkirah TV Alhijrah itu boleh dicapai melalui akaun “TV ALHIJRAH” di aplikasi dalam bentuk audio itu; di mana sebanyak lebih 200 kandungan tazkirah dan nasyid disajikan. Kandungan ini juga akan dikemaskini setiap hari bagi memenuhi permintaan penonton setia TV AlHijrah.

Antara rancangan itu ialah 30 Minit Ustaz Don, Taman Syurga, Kisah Nabi, Madrasah Sirah, Ihya Ramadan, E-Kaunter Netizen, Surah-surah Al-Quran, Malam Cinta Rasul dan banyak lagi.

Kandungan berbentuk keagamaan seperti perbincangan sekitar solat terawih, amalan pada bulan Ramadan, zakat, sedekah dan infak pada bulan Ramadan adalah antara kandungan yang disediakan khas bagi rujukan dan sebagai memenuhi kehendak umat Islam sepanjang bulan mulia ini.

TV AlHijrah sebagai sebuah stesyen televisyen berkonsepkan Islam menggunakan secara kreatif kemudahan teknologi telekomunikasi dengan memanfaatkan perisian Spotify ini untuk dakwah dan penyebaran ilmu.

TV AlHijrah sebagai sebuah stesyen televisyen berkonsepkan Islam menggunakan secara kreatif kemudahan teknologi telekomunikasi dengan memanfaatkan perisian Spotify ini untuk dakwah dan penyebaran ilmu.

Ini kerana perisian ini sebelumnya lebih terkenal sebagai saluran hiburan, di mana ia digunakan untuk pengstriman muzik popular.

Menurut Ketua Unit Digital TV AlHijrah, Mohd Fairos Ibrahim, TV AlHijrah mengambil inisiatif mengguna pakai perisian Spotify ini kerana melihat teknologi kini bukan lagi sekadar pilihan tetapi sudah mencapai tahap kemestian dalam menyampaikan dakwah.

“Bagi kekal relevan dalam persaingan sengit pelbagai media; tidak kira konvensional mahupun digital, teknologi yang ada harus dimanfaatkan sebaik mungkin sebagai medan dakwah. Spotify dilihat dapat mendekatkan lagi penonton kepada TV AlHijrah,” jelas Mohd Fairos.

Dengan cara ini, usaha dakwah yang menjadi keutamaan stesyen ini akan terus kekal relevan dan selari dengan perkembangan zaman dan memberi pilihan kepada penonton dan peminat setia stesyen ini.

Melalui Spotify juga, penonton TV AlHijrah mempunyai pilihan mendengar semula bacaan al-Quran, tazkirah, kuliah, nasyid dan lain-lain rancangan yang sebelum ini hanya dapat ditonton melalui televisyen.

Justeru itu, jangan lepaskan peluang untuk “follow” TV ALHIJRAH di aplikasi Spotify sekarang untuk pengisian Ramadan yang lebih bermakna.

TV AlHijrah luaskan dakwah dengan aplikasi Spotify sempena Ramadan

| Semasa |