TV AlHijrah santuni penonton setia warga emas, anjur program khas sempena sambutan Hari Warga Emas esok

OLEH ROKIAH ISMAIL

PERJALANAN hidup ini umpama pelepah kelapa, yang di bawah akan gugur dahulu kerana lebih tua, diikuti lapis berikutnya satu demi satu.

Peribahasa pelepah muda jangan ketawakan pelepah tua yang gugur mengingatkan kita supaya sentiasa hormat dan menghargai yang lebih tua kerana suatu masa nanti yang muda pun akan sampai waktu tuanya.

Warga tua itu mungkin sahaja ibu dan ayah, jiran tetangga dan rakan taulan kita sendiri, sehinggalah kepada masyarakat pelbagai bangsa yang berkongsi langit yang sama. Mereka ini perlukan kasih sayang dan penghargaan serta rasa hormat kerana tanpa mereka tiadalah generasi baharu.

Menghargai golongan ini, TV AlHijrah mengadakan satu program berbentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk mereka esok, 1 Oktober bersempena sambutan Hari Warga Emas tahun ini.

Ini memandangkan sejumlah besar penonton setia stesyen ini adalah daripada kalangan warga emas iaitu sebanyak 37 peratus daripada lebih setengah juta penonton di kawasan tengah merangkumi Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. 59 peratus daripadanya pula adalah golongan wanita.

Mereka ini sangat komited dan berminat dengan rancangan berbentuk keagamaan siaran stesyen ini sehingga kadangkala menjadi pencorak yang mewujudkan tuntutan terhadap rancangan tertentu.

Program yang akan berlangsung bermula pukul 11.00 pagi di Pusat Jagaan Orang Tua AlFikrah Kajang ini mengundang Ustaz Syamsul Debat sebagai penceramah, disusuli aktiviti menyantuni mereka serta pemberian cenderahati sumbangan Lembaga Zakat Selangor.

Program yang akan berlangsung bermula pukul 11.00 pagi di Pusat Jagaan Orang Tua AlFikrah Kajang ini mengundang Ustaz Syamsul Debat sebagai penceramah, disusuli aktiviti menyantuni mereka serta pemberian cenderamata.

Tidak terlepas peluang berbakti untuk mereka, RajaSatay 1900 turut bekerjsama menyumbang makanan, manakala tiga beradik The Melvins iaitu Syatilla, Syafiqa dan Syida Melvin juga terlibat memeriahkan program sambutan ini dengan berkongsi tips kesihatan bersama produk mereka “Kekasihku”.

Golongan warga emas yang mencintai agama ini perlu menjadi pandu arah kepada golongan muda. Dan alangkah lebih baik sekiranya pada usia yang muda lagi remaja kita meniru kehidupan warga ini dalam mencintai ilmu dan agama.

Selamat Hari Warga Emas, semoga sentiasa bahagia dan terus sihat berbakti kepada agama, bangsa dan negara dalam pelbagai bentuk dan caranya jua!

Gambar hiasan (seluaslautan.com)

TV AlHijrah santuni penonton setia warga emas, anjur program khas sempena sambutan Hari Warga Emas esok

| Semasa |