Usung ‘nyawa’ sambung pelajaran, graduan UMP rayu bantuan RM12,000 baiki, ganti mesin bantuan pernafasan

SELEPAS tujuh tahun menangguhkan pengajian akibat penyakit yang dideritainya itu, Juliza Ameruddin, 31, yang menderita penyakit asma kronik atau ‘Brittle Bronchial Asthma’ dan ‘Osteopenia Secondary’ tetap bersemangat meneruskan pengajian sehingga berjaya menggenggam segulung ijazah, tahun lalu.

Untuk meneruskan hidup, Juliza terpaksa bergantung sepenuhnya dengan mesin bantuan pernafasan mudah alih dikenali sebagai Long-Term Oxygen Therapy (LTOT) dan BiPAP (digunakan ketika tidur).

lulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Komputer Grafik, Universiti Malaysia Pahang (UMP) itu menyambung semula pengajian yang masih berbaki tiga semester pada tahun 2017 selepas dihubungi pihak universiti yang memaklumkan pendaftaran bagi sesi September tahun lalu adalah peluang terakhirnya meneruskan pengajian.

Enggan mengaku kalah dalam melawan penyakit yang dideritai, peluang diberikan pihak universiti tidak disia-siakan demi memburu impian biarpun Juliza terpaksa mengusung ‘nyawa’ (mesin LTOT) ke mana-mana sahaja sepanjang hayatnya. 

Juliza perlu membawa ke mana-mana mesin pernafasan mudah alih dikenali sebagai Long-Term Oxygen (LTOT) untuk membantunya bernafas.

Namun, Juliza kini berdepan masalah berikutan kedua-dua mesin bantuan pernafasan yang menjadi penyambung nyawanya perlu diganti, dibaiki dan diselenggara. 

Juliza buntu kerana mesin LTOT yang digunakan perlu diganti dan menelan belanja besar berjumlah RM21,000 memandangkan ia diimport dari United Kingdom (UK). 

Tambah meresahkan apabila mesin BiPAP yang berharga RM12,000   juga perlu dibaiki dengan kos baikpulih dianggarkan berjumlah RM3,000. Kos kesuluruhan untuk membeli dan membaiki kedua-dua peralatan berkenaan berjumlah RM24,000.

Biarpun Juliza menerima bantuan sebanyak RM700 sebulan daripada Baitulmal, namun badan bantuan itu hanya menanggung separuh daripada kos mesin.

Untuk menderma sila layari https://ybim.org.my/suaraasnaf/ dan tekan Asnaf 30 atau terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Gambar: Juliza pernah menerima bantuan pernafasan sebanyak 113 kali ketika terlantar di hospital selama dua tahun pada 2011 sehingga 2013.

Usung ‘nyawa’ sambung pelajaran, graduan UMP rayu bantuan RM12,000 baiki, ganti mesin bantuan pernafasan

| Advertorial, Semasa |