Wahai madu, janganlah jadi tamak (Bhg. 2)

APAKAH lagi strategi yang dilakukan Linda untuk meminggirkan Normah sebagai isteri pertama? Admin harap netizen semua boleh memberi sedikit komen dan nasihat kepada Normah. Normah buntu mahu bertindak meminta haknya supaya tidak terus diperkotak-katikkan madunya.

*****************************

SAYA suarakan pada suami apa yang dihamburkan Liana kepada saya. Bukan niat saya mengadu domba atau memburukkan madu saya, tetapi sebagai manusia saya berhak menjaga maruah saya. Jadi saya minta suami menegur sikap Linda supaya tidak menghina saya lagi, kerana saya sendiri sebagai isteri pertama pun tidak pernah menyeranah dia.

Namun saya sangat kecewa apabila suami saya hanya minta saya sabar dan cuba memahami Liana. Katanya Liana orang yang baik, mungkin pada masa itu dia diserang cemburu.

Mungkin benar cakap suami saya, kerana pada tahun ini suami lebih banyak masa dengan saya. Semenjak hilang pekerjaan tahun lepas, suami mula berniaga secara kecil-kecilan. Kami buka gerai makanan di kawasan perumahan kami. Saya masak nasi lemak, nasi dagang dan kuih-muih untuk hidangan sarapan pagi. Penat usah dikira, namun saya tetap membantu suami berniaga kerana sebagai isteri, saya mahu turut susah bersama suami.

Setahun berniaga kecil-kecilan, kami maju setapak apabila ditawarkan premis kedai yang agak murah sewanya. Suami saya yang sentiasa berani mengambil risiko, mencuba nasib menyewa kedai. Syukur, berkat kerja keras dan doa saya saban malam, hari mendung kami bertukar cerah.

Perniagaan kami semakin maju. Suami sudah pun mempunyai pembantu kedai dan saya dibenarkan berada di rumah sambil menyiapkan tempahan makanan dari pelanggan. Jadi saya hanya ke kedai sekali-sekala.

Saya menyuarakan bantahan, kerana bagi saya tindakan itu sudah melampau batas hormat diri dia kepada saya. Sudahlah engkar dengan janji sewaktu berkahwin dahulu, kini mahu merampas usaha dan penat lelah saya membina kehidupan baharu.

Rupa-rupanya di sebalik sinar yang baharu menerangi, Linda mengintai peluang. Suami saya menyampaikan kepada saya, Linda akan mula berniaga bersamanya sebagai juruwang. Sebuah bilik juga akan dibina di premis itu untuk anak-anak Linda yang masih kecil berehat di situ.

Bagai dihempap gunung, saya hampir pitam mendengar keputusan suami yang dibuat tanpa berbincang dengan saya dahulu. Walhal perniagaan itu saya usahakan dengan suami tanpa melibatkan tenaga Linda langsung sebelumnya.

Sebodoh-bodoh saya, sebagaimana kata Linda, saya masih mampu mengagak yang dia mahu “mengumumkan” statusnya sebagai isteri suami saya. Sudah pasti jiran-jiran yang menyewa premis di bangunan itu tertanya-tanya apa kaitan Linda dengan suami saya.

Saya menyuarakan bantahan, kerana bagi saya tindakan itu sudah melampau batas hormat diri dia kepada saya. Sudahlah engkar dengan janji sewaktu berkahwin dahulu, kini mahu merampas usaha dan penat lelah saya membina kehidupan baharu.

Namun sebagaimana biasa, suami membela Linda. Katanya Linda boleh mengurus kedai dengan baik kerana dia lulusan universiti. Lagipun Linda juga kehilangan pekerjaan sama dengan suami saya.

Sehingga saat cerita ini ditulis, saya masih belum menginjakkan kaki ke kedai saya sendiri kerana tidak mahu bertembung dengan Linda. Apa yang saya dengar, Linda sudah mesra dengan rakan-rakan peniaga dan pelanggan di sana.

Menurut mereka, Linda beritahu mereka, sayalah yang minta Linda menggantikan saya di sana kerana kononnya saya mahu menumpukan kepada tempahan pelanggan yang semakin ramai terhadap kuih-muih sejuk beku kami.

Apa yang berlaku itu membuatkan saya rasa jauh hati dengan suami sendiri kerana membiarkan Linda mempermainkan perasaan saya. Saya tidak hirau lagi giliran saya yang sering diabaikan. Apa yang saya harap, suami bertindak adil dalam menjaga hak saya yang semakin dipinggirkan.

Linda sepatutnya bersyukur kerana saya bukanlah jenis isteri pertama yang menyerang madu. Saya hanya minta dia jangan hebahkan kehidupan kami yang bermadu. Tetapi begitulah manusia, semakin tamak setelah mendapat apa yang dihajati. Dan suami saya membenarkan semua ini terjadi.

Wahai madu, janganlah jadi tamak (Bhg. 2)

| Tumpang Bahu |