Wanita deritai pelbagai penyakit kronik tabah kerah kudrat di usia senja demi pastikan dapur berasap

HIDUP sebatang kara dan tidak pernah mendirikan rumah tangga tatkala meniti usia emas bukanlah perkara mudah, namun Che Soom Ismail, 62, tidak boleh bergantung harap kepada sesiapa, sebaliknya perlu membanting kudrat tulang empat kerat yang masih bersisa demi sesuap nasi.

Walaupun menderita beberapa penyakit kronik seperti darah tinggi, kolestrol dan kencing manis, beliau tidak punyai pilihan selain terpaksa menggagahkan diri mencari rezeki halal demi memastikan dapurnya terus berasap.

Dengan kudrat yang tidak seberapa, beliau melakukan kerja-kerja ringan  seperti mengopek kelapa, mengait daun pisang, mencabut serai dan menyiang ikan yang dilakukan secara berkala. Pendapatan hariannya tidak menentu, dengan menjual serai dengan harga RM3 sekilogram, Che Soom hanya meraih pendapatan sekitar RM10 sehari.

Namun ketika keadaan kesihatan tidak mengizinkan, Che Soom hanya mampu meraih pendapatan RM30 seminggu. Beliau cukup bimbang memikirkan nasibnya memandangkan sejak kebelakangan ini sudah tidak boleh berdiri lama kerana badan mudah letih dan tangan menggeletar sehingga sukar untuk mencabut serai.

Che Soom membersihkan serai yang siap dicabut sebelum dibungkus dan dijual dengan harga RM3 sekilogram.

Disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan juga menyebabkan Che Soom sukar mendapat kerja tetap. Keadaan kewangan yang terbatas membuatkan  wanita tabah ini terpaksa berjimat cermat dan mengikat perut dengan hanya makan nasi putih yang dihidangkan bersama telur atau ikan bilis goreng setiap hari. 

Bagi Che Soom, menu hariannya itu sudah cukup mewah dan mengenyangkan, malah dia amat bersyukur kerana masih dikurniakan rezeki untuk menjamah makanan ‘enak’ kerana ramai lagi orang di luar sana terpaksa mengikat perut menahan lapar kerana tidak mampu membeli makanan.

Untuk menderma sila layari ybim.org.my/suaraasnaf dan tekan Asnaf 63 atau terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Gambar: Che Soom turut menjual daun pisang untuk mencari wang tambahan bagi menampung keperluan hariannya.

(0)

Wanita deritai pelbagai penyakit kronik tabah kerah kudrat di usia senja demi pastikan dapur berasap

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>