Wanita hidap ‘slipped disc’ cekal ambil upah cuci ayam selepas suami diserang strok

HIDUP Umi Kalsom Kassim, 37, yang menderita penyakit ‘slipped disc’ terus diuji apabila  suami tercinta, Ismail Hasan, 42, diserang strok dan pendarahan dalam otak sejak November lalu. Suami yang menjadi tulang belakang keluarga dan meraih pendapatan dengan mengambil upah melakukan kerja-kerja kampung seperti meracun bendang, mesin rumput dan mengangkat baja kini tidak lagi mampu bekerja untuk menyara keluarga.

Tambah malang, penyakit yang dideritai Umi Kalsom menyebabkan beliau tidak dapat bekerja untuk membantu menambah pendapatan keluarga. Namun, memikirkan keperluan tiga anak yang berusia empat, enam dan 13 tahun, selain perlu membawa suami mendapatkan pemeriksaan susulan di hospital, Umi Kalsom menggagahkan diri mengambil upah mencuci ayam dengan kadar RM5 sejam.

Ekoran penyakit ‘slipped disc’ yang ditanggungnya, Umi Kalsom tidak dapat bekerja sepenuh masa kerana tidak mampu berdiri lama. Dengan keadaan dirinya itu, dia hanya mampu meraih pendapatan sebanyak RM10 sehari. Pendapatan yang diraih memang tidak cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga yang mencecah RM2,000 sebulan.

Umi Kalsom mengurus keperluan suaminya yang terlantar selepas diserang strok pada November lalu.

Tambah malang apabila keluarga ini juga tidak mempunyai simpanan memandangkan gaji harian yang diperolehi itu digunakan untuk membeli makanan dan susu anak bongsu dan keperluan persekolahan dua lagi anaknya. Namun Umi Kalsom bersyukur kerana anak-anaknya tidak banyak karenah dan memahami keadaan sukar yang dihadapi oleh mereka sekeluarga.

Untuk menderma sila layari ybim.org.my/suaraasnaf dan tekan Asnaf 75 atau terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Gambar: Umi Kalsom bimbang memikirkan keadaan keluarga selepas suaminya kini terlantar dan tidak dapat bekerja selepas diserang strok.

(8)

Wanita hidap ‘slipped disc’ cekal ambil upah cuci ayam selepas suami diserang strok

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>