Aduh sakit mak!

KETIKA disembur air oleh anggota bomba, mereka riang gembira, tetapi bila di atas katil berkhatan mereka menjerit. Apa yang mereka faham hanyalah perkataan “jahit” dan “balut”.

Satu dewan riuh dengan suara mereka menahan sakit. Begitulah ragam anak-anak asnaf yang menyertai program Sunathon di Semporna, Sabah.

Setinggi-tinggi penghargaan buat Etiqa Takaful sebagai penyumbang utama, pasukan Amal Khatan Nusantara yang diketuai oleh Dr. Nujaimin Udin (Pakar Bedah Otak) yang menyediakan pasukan perubatan, Batalion ke-4 Rejimen Ranjer DiRaja (4RRD) yang diketuai oleh Mejar Muhammad bin Mat Nasir, Iman Care, dan semua para penyumbang serta buat semua sukarelawan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan program ini.

Aktiviti Sunathon ini berjalan sepanjang dua hari seramai 262 orang telah berjaya di khatankan dan enam darinya adalah anak-anak perempuan.

Mereka adalah anak-anak asnaf di Kg Pekan 2 sejumlah 140 orang, Kg Kuala Bibang seramai 33 orang, Pulau Danawan pula 34 orang dan Pulau Bum Bum seramai 55 orang.

Program ini sangat bermanfaat buat mereka ini yang kehidupan hariannya kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Akibat dari kos untuk menguruskan urusan seperti berkhatan ini, ada dari kalangan anak-anak yang sudah berumur belasan tahun namun masih lagi belum berkhatan.

Petugas Yayasan Ikhlas sedang mententeramkan salah seorang peserta Sunathon.

Yayasan Ikhlas berharap agar program seperti ini dapat diteruskan lagi terutama di kawasan pedalaman, perkampungan orang asli dan di kawasan miskin bandar kerana selain dari tuntutan agama ia juga adalah satu tuntutan dalam menjaga kebersihan diri.

Kami di Yayasan Ikhlas sentiasa membuka ruang bagi mana-mana organisasi ataupun NGO yang ingin bekerjasama dalam menjayakan program membangunkan komuniti seperti ini.

Berkhatan ini adalah tanda ambil berat ibu bapa terhadap masa depan anak-anaknya. Betapa anak itu berterima kasih kepada ibu bapanya yang mengkhatankannya ketika kecil, secara tidak langsung dapat mengelak rasa segan berkhatan ketika dewasa.

Kepada pimpinan komuniti, disarankan menganjurkan program berkhatan berjamaah. Khatan berjamaah pastinya lebih baik dari khatan ‘masing-masing’, kerana ia boleh disertakan penerangan kesihatan dari pihak berautoriti, slot tazkirah penguat jiwa dan penggemblengan tenaga anak muda sebagai sukarelawan.

Untuk info lanjut mengenai Yayasan Ikhlas layari sedekahsini.com/kempen atau bagi anda yang ingin menyumbang bagi projek-projek yang lain boleh menyumbang terus ke akaun Maybank – 5628 3463 6228 atau hubungi di talian 019-611 5954.

Gambar: Seorang kanak-kanak sedang baring untuk dikhatankan oleh petugas kesihatan.

(9)

Aduh sakit mak!

| Advertorial2 | 0 Comments
About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>