Anggota badan mengembang, kaki membesar tiga kali ganda, isteri tabah jaga suami deritai pelbagai penyakit

KEHIDUPAN Nur Hidayu Sukri, 30, mula berubah sejak terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga apabila suaminya Mohammad Rosli Yaacob, 42, yang bekerja sebagai pembantu am di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Periok terpaksa berhenti kerja selepas hampir semua anggota badannya ‘mengembang’ dan kini hanya mampu terlantar di atas katil sepanjang masa.

Anggota badan Mohammad Rosli bukan hanya setakat mengembang, bahkan berat badannya turut bertambah mendadak sehingga menyukarkan pergerakan selain kaki yang juga membesar tiga kali ganda berbanding sebelum ini akibat mengalami masalah kebocoron buah pinggang tahap lima.

Keluarga ini dihimpit masalah kewangan serius apabila tiada punca pendapatan.  Nur Hidayu memerlukan sekurang-kurangnya RM1,000 hampir setiap bulan untuk memenuhi keperluan suaminya termasuk penggunaan lampin pakai buang yang banyak memandangkan sukar untuk mengangkat suaminya ke tandas.

Nur Hidayu mengelap badan suaminya Mohammad Rosli yang terlantar akibat masalah kebocoran buah pinggang tahap lima sehingga menyebabkan anggota badannya membengkak dari paras perut hingga ke bawah.

Selain itu, suri rumah ini perlu membeli keperluan perubatan (suntikan insulin) yang digunakan sebanyak tiga kali sehari bagi mengawal paras gula di dalam darah memandangkan juga Mohammad Rosli menghidap kencing manis kronik.

Untuk keperluan dan belanja harian Nur Hidayu kini terpaksa mengharapkan bantuan keluarga selain sahabat terdekat untuk meringankan masalah kewangan mereka sekeluarga.

Untuk menderma sila layari ybim.org.my/suaraasnaf dan tekan Asnaf 55 atau terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Gambar: Anak-anak membantu memicit kaki Mohammad Rosli yang membengkak di kediaman mereka di Kampung Parit Air, Rantau Panjang, Kelantan.

(6)

Anggota badan mengembang, kaki membesar tiga kali ganda, isteri tabah jaga suami deritai pelbagai penyakit

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>