APM Kelantan sertai Bengkel Persediaan Menghadapi Banjir Monsun Timur Laut 2022/2023

25 November 2022, Yayasan Ikhlas telah menghantar dua orang wakil dari kakitangan untuk menyertai Bengkel Persediaan Menghadapi Banjir Monsun Timur Laut anjuran APM Negeri Kelantan bersama Pegawai Kehormat dan Pegawai Bersekutu dari APM.

Bengkel ini disertai seramai 84 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai APM, Pegawai Bersekutu dan Kehormat APM.

Menerusi bengkel ini, para peserta didedahkan pengetahuan dengan lebih mendalam terhadap kawasan-kawasan berisiko, latihan pengendalian bot, serta menyemarakkan semangat kesukarelawanan di kalangan anggota APM dan masyarakat.

Latihan yang sedang dijalankan oleh APM bagi 84 orang peserta di Kelantan.

Bencana banjir Monsun Timur Laut pada tahun 2021 telah mengakibatkan seramai 47,262 orang mangsa bagi tempoh dua minggu iaitu pada 18 Disember 2021 sehingga 31 Disember 2021. Hal ini kita semua dapat menyaksikan bahawa bencana banjir pada tahun 2021 merupakan bencana banjir yang terburuk sekali pernah berlaku.

Justeru itu, Yayasan Ikhlas telah membuat persediaan yang lebih baik menghadapi bencana banjir atau sebarang kemungkinan yang berlaku pada tahun ini ataupun di masa akan datang.

Bagi anda yang ingin menyumbang untuk Misi Bantuan Bencana sila layari misibantuan.com atau terus menyumbang ke akaun Maybank – 5628 3463 6228 (Rujukan: Bantuan Bencana) atau hubungi di talian 019-611 5954

Gambar: Para peserta sedang menjalankan latihan Bengkel Persediaan Menghadapi Banjir di perairan laut di Kelantan.

(14)

APM Kelantan sertai Bengkel Persediaan Menghadapi Banjir Monsun Timur Laut 2022/2023

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>