“Betul-betul terkilan saya. Abang meninggal sebab tiada kenderaan nak bawa dia ke hospital.”

BEGITULAH luahan Muhammad, salah seorang penduduk kampung yang tinggal di kawasan pedalaman Sabah dan juga asnaf yang sempat tim kami ziarah bulan lalu.

Beliau yang sedang menahan sebak bercerita, abang beliau tidak dapat dibawa ke hospital kerana tidak mempunyai kenderaan.

“Abang sakit kuat. Hari-hari terlantar di rumah. Kami tiada apa (kenderaan) mahu bawa beliau ke hospital. Abang akhirnya meninggal dunia, meninggalkan anak-anak kecil bersama isterinya,” luah Muhammad.

Begitu juga kisah yang diceritakan oleh Kak Siti. Beliau meluahkan kisah tragis bayi kepada jirannya yang meninggal dunia akibat demam panas beberapa hari sebelum bayi itu menghembuskan nafas terakhir.

“Ibunya keseorangan. Bapa juga tiada. Ibunya buntu bagaimana mahu bawa anak ke hospital. Anak menangis tak henti-henti kerana demam kuat.”

Kami yang mendengar menahan sebak dan rasa terkilan yang sangat dahsyat. Susahnya mereka. Kenapa tidak memanggil kami, boleh kami usahakan kenderaan. Kami usaha. Kami cuba. Begitulah rintihan hati ini.

Mungkin cerita ini agak asing bagi kita yang berada di kawasan bandar. Hospital banyak dan dekat. Ada klinik kesihatan awam dan juga swasta. Ada juga hospital besar untuk merawat sakit kritikal dan berbahaya. Tapi di pedalaman ini, untuk ke bandar sahaja ambil masa antara tiga hingga empat jam, itupun bergantung keadaan cuaca.

Perlu menyewa kereta yang kosnya satu hala RM50. Bila tiba di bandar pula, klinik kerajaan sudah tutup. Terpaksa pergi ke klinik swasta yang dimaklumi harganya lebih mahal. Maka, alternatif bagi mereka ialah menahan semua kesakitan itu di rumah.

Justeru itu, antara khidmat Yayasan Ikhlas di Borneo ini adalah mencari kereta sewa untuk para asnaf. Kami akan bantu merunding harga paling jimat supaya para asnaf ini dapat menyempurnakan hajat mereka tak kira kerana sakit atau hal-hal lain ketika di bandar.

Amat penting mempunyai kenderaan di cawangan sendiri demi membantu mereka yang amat memerlukan. Perkhidmatan ini juga akan diberikan secara percuma.

Selain itu, Yayasan Ikhlas juga akan turun padang setiap tahun untuk misi bantuan bencana di mana kami menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. Selain itu, kami dalam fasa menggerakkan misi bantuan dari seluruh negara kurang tempoh 24 jam selepas bencana bermula.

Hasrat kami adalah supaya kami dapat membantu mangsa-mangsa banjir yang terkandas di premis mereka untuk dibawa ke pusat-pusat pemindahan. Dengan adanya kenderaan 4WD ini sangat-sangat membantu dan memudahkan perjalanan kami dalam menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan khususnya di Borneo.

Jom sama-sama bantu kami supaya dapat menghulurkan bantuan secepat mungkin kepada mereka yang memerlukan. Layari https://sedekahsini.com/4×4/ atau terus menyumbang ke akaun Maybank – 5628 3463 6228 (Rujukan: 4WD Borneo).

Gambar: Para Petugas Yayasan Ikhlas secara konvoi menaiki kenderaan 4WD untuk memasuki ke pedalaman.

(11)

“Betul-betul terkilan saya. Abang meninggal sebab tiada kenderaan nak bawa dia ke hospital.”

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>