Bukan setakat RM10, rumah percuma pun boleh dapat di Jepun

DI NEGARA kita, ramai terpedaya dengan ‘scammer’ yang menawarkan rumah murah, malah ada juga yang menawarkan rumah hanya dengan bayaran RM10. Usahkan rumah percuma, rumah kos rendah pun sangat sukar dimiliki sekarang ini.

Sebaliknya di Jepun, kerajaan sedang giat menawarkan rumah percuma kepada warganya. Sekiranya anda hanya perlukan rumah, anda akan dapat rumah dengan senang di Jepun kerana banyak akiya ditawarkan secara percuma.  

Kewujudan banyak akiya atau rumah kosong memaksa kerajaan menawarkan rumah ini secara percuma kepada warganya dan menggubal undang-undang khusus untuk menangani masalah ini bagi menghidupkan kembali daerah yang terancam ini.

Menurut Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan (MLIT), pada tahun 2013, terdapat lebih dari 8.2 juta dari 60.6 juta rumah dan apartmen di Jepun berstatus akiya dan dianggarkan mengalami pertambahan dengan perkiraan 30 peratus dari semua rumah menjadi akiya pada tahun 2023. Secara tidak langsung 900 bandar kecil di Jepun akan ‘hilang’ pada tahun 2040 akibat fenomena ini.

Akiya di Kumano City ini dijual dengan harga 4 juta yen. (Gambar: koryoya.com)

Kewujudan akiya ini berpunca dari angka kelahiran yang menurun di Jepun yang menyebabkan golongan muda semakin mengecil, penduduk yang semakin menua dan faktor perpindahan anak-anak muda ke bandar. Akhirnya di desa atau di pedalaman, hanya golongan tua yang tinggal dan selepas mereka meninggal dunia, tiada waris yang memanfaatkan rumah-rumah warisan tersebut.

Golongan muda Jepun juga dikatakan hanya berminat dengan rumah baharu, menyebabkan permintaan terhadap rumah ‘second hand’ sangat rendah.  

Kedudukan akiya yang kebanyakannya terletak jauh dari kota-kota besar menyebabkan anak-anak muda sulit untuk mendapatkan pekerjaan, sekaligus mengurangkan minat mereka menyahut tawaran kerajaan.

10% dari semua akiya berada di kawasan kampung seperti Kagoshima, Kochi, dan Wakayama. Tambahan pula perpindahan dari bandar ke kawasan desa dianggap sebagai kegagalan sosial di Jepun.

Gambar: Sebuah akiya di Itoigawa City, Kyoto. (koryoya.com)

(11)

Bukan setakat RM10, rumah percuma pun boleh dapat di Jepun

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>