Cekal teruskan hidup demi enam anak selepas suami meninggal mengejut

ROSMAWATY Rahamis, 45, tidak menyangka sama sekali kejadian kemalangan di laluan bertentangan yang dilihat ketika sedang memandu untuk ke tempat kerja pada 12 Oktober tahun lalu, sebenarnya membabitkan suaminya.

Mohd Husri Husin, 51, yang juga pengarah filem, dokumentari dan penulis skrip meninggal dunia akibat serangan jantung ketika sedang memandu sebelum terbabas melanggar tiang elektrik di tepi jalan kira-kira jam 10 pagi pada hari kejadian.

Kemalangan membabitkan kereta Perodua Kancil berwarna merah yang melanggar tiang lampu membuatkan wanita ini berasa tidak sedap hati. Perasaannya kuat mengatakan itu kenderaan yang dipandu Mohd Husri. Mengikut gerak hati, Rosmawaty membuat pusingan-U. Sangkaannya tepat apabila melihat nombor pendaftaran kenderaan.

Gambar kenangan Rosmawaty bersama Allahyarham suaminya Mohd Husri.

Beliau mendekati anggota polis dan memaklumkan mangsa adalah suaminya. Anggota polis terbabit menjelaskan keadaan dan meminta Rosmawaty bersabar kerana suaminya sudah disahkan meninggal dunia. Jenazah suaminya masih berada dalam kereta sementara menunggu ketibaan ambulan.

Difahamkan Mohd Husri gagal mengawal kenderaan dan melanggar tiang lampu akibat mengalami serangan jantung. Biarpun reda dengan pemergian mengejut suaminya, anak kepada kepada artis veteran, Mek Habsah yang bekerja sebagai agen pelancongan ini bimbang memikirkan masa depan enam anaknya memandangkan tiada punca pendapatan kerana diberi cuti tanpa gaji oleh majikan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

Untuk menderma sila layari ybim.org.my/suaraasnaf dan tekan Asnaf 79 atau terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Gambar: Ahli keluarga dan sahabat handai hadir mengiringi jenazah Mohd Husri yang disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Rantau, Negeri Sembilan.

(31)

Cekal teruskan hidup demi enam anak selepas suami meninggal mengejut

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>