‘Content creator’ vlog mengidam masakan orang meninggal dunia dalam Vlog Nadia

(VIDEO) BERTAHUN-tahun menunggu kehadiran zuriat bukanlah perkara mudah dihadapi oleh pasangan suami isteri. Apabila disahkan hamil pula, sudah tentulah pelbagai persediaan dibuat kerana keterujaan menanti kelahiran pertama yang dinanti-nantikan. Inilah yang terjadi kepada pasangan muda Nadia dan Anas.

Nadia seorang vlogger yang rigid dalam perancangan hidup, mudah melatah apabila berdepan perkara di luar jangkaan. Anas pula suami yang suka berfikir secara singkat dan membuat keputusan secara spontan. Bayangkan bagaimana mereka bersatu menelusuri kehidupan yang semakin menuntut kebijaksanaan hari demi hari.

Gabungan dua jiwa yang berlainan watak serta perwatakan bukanlah asing dalam kisah melayari bahtera kehidupan berumah tangga. Bagi pasangan yang bertemu atas perbezaan; tolak ansur, hormat-menghormati dan saling memahami adalah kunci utama dalam mencari titik penyesuaian untuk hidup harmoni.

Vlog Nadia kisah pasangan muda masakini, memaparkan bagaimana Anas dan Nadia mengisi perjalanan 1000 hari pertama kehidupan dalam mendidik anak mereka, Ufairah sejak dilahirkan. Kita dibawa menonton celoteh mereka yang ‘happy go lucky’, sekaligus memahamkan kita yang pasangan itu perlu juga menjadi rakan yang saling bantu-membantu menjayakan matlamat hidup.

Kehadiran rakan-rakan serta lingkungan hubungan yang berkongsi pengalaman dengan mereka bukan sahaja mewarnai hidup mereka malah berjaya mengubah perspektif mereka berdua terhadap kepentingan pemakanan dan juga pengurusan kewangan mereka.

Haikal menimba ilmu kekeluargaan dengan memanfaatkan kemudahan teknologi komunikasi di hujung jari.

Kerjaya Nadia sebagai vlogger dijadikan penggerak utama dalam menyampaikan ilmu kekeluargaan kepada penonton, lebih-lebih lagi pasangan muda yang belum berpengalaman mendidik anak.

Bermula dari mendapat tahu dia hamil sehinggalah babak mengidam mahu makan masakan orang yang sudah meninggal, kita dibawa menonton kehidupan seorang bakal ibu sehingga anaknya berusia dua tahun lebih.

Perkongsian ilmu untuk menghasilkan generasi sihat kepada negara ini disampaikan oleh tokoh-tokoh dalam bidang masing-masing secara kreatif dan memanfaatkan dunia digital yang melingkari kehidupan generasi masakini.

Ilmu mengenai asas pemakanan, kepentingan perancangan kewangan keluarga dan juga pengurusan dapur disusun secara teliti dalam temubual Nadia sewaktu mengendalikan rancangan vlognya.

Maklumat penting mengenai perancangan untuk hamil terutama daripada segi pemakanan dan gaya kehidupan, pengendalian susu ibu seperti pemerahan dan penyimpanan bagi ibu-ibu yang berkerjaya

sehingga ilmu pemakanan ‘makanan pelengkap’ kepada bayi bermula usia enam bulan dikupas Nadia dalam vlognya.

Penonton drama 13 episod ini juga akan menonton bagaimana Nadia mengendalikan vlognya, pasang surut ‘viewers’nya dan kerjaya dalam dunia media sosial melalui watak Nadia.

Untuk menonton keseluruhan drama Vlog Nadia ini, silalah muat turun aplikasi Alhijrah Plus dari Apple Store dan Google Play Store secara percuma.

(88)

‘Content creator’ vlog mengidam masakan orang meninggal dunia dalam Vlog Nadia

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>