Derita seorang kanak-kanak hidap penyakit Cerebral Palsy sejak lahir

TATKALA Profesor Dr Zainur Rashid Zainuddin mengiringi Sahibus Samahah Datuk Bungsu Aziz Bin Jaafar, Mufti Kerajaan
Sabah yang berkunjung ke sebuah rumah di pedalaman Ranau, Sabah, kami bertemu dengan seorang ayah yang mendukung anaknya dengan tangan yang terketar-ketar. Apa tidaknya, badan si ayah sendiri agak kurus dan anak yang didukungnya kelihatan berat dan membebankan.

Inilah rutin yang dilaluinya setiap hari, dan anaknya hanya berbaring atau pun diletakkan di atas ‘baby car seat’ yang sempit dan telah berusia.

Kami begitu terharu dengan keperitan yang dihadapi oleh mereka dan akan mendapatkan bekalan “special need wheelchair” buat anaknya, OKU akibat Cerebral Palsy sejak kecil lagi. Dalam pada masa yang sama, kami juga mengagihkan daging korban dan sedikit wang buat keluarga ini yang tinggal di kawasan pergunungan yang hanya boleh dijejaki dengan kenderaan pacuan empat roda.

Penyakit Cerebral Palsy yang dihidapi adik yang berusia 14 tahun ini sejak dalam kandungan rahim ibunya sehingga dia berusia lima bulan kelahiran, dibesarkan dan hidup di dalam sebuah ruang khas yang dipanggil “incubator” di mana ruang ini adalah untuk mengawal kesihatan adik ini supaya keadaannya lebih stabil dan dapat dikawal oleh pihak hospital.

Profesor Dr Zainur Rashid dan Datuk Ustaz Bungsu menyantuni adik ini ketika lawatan ke rumahnya.

Adik ini tinggal bersama kedua ibu bapanya dan dia mempunyai tujuh orang adik beradik. Ketika lawatan dibuat, seorang ayah yang dikenali sebagai Junaili sedang memangku anaknya di atas ribanya. Adik ini dipangku oleh ayahnya kerana dia tidak boleh berjalan seperti kanak-kanak normal yang lain. Secara tidak langsung ia menuntut tumpuan lebih oleh kedua ibu bapanya untuk mengurus kehidupan sehariannya terutama untuk membuang air besar, air kecil dan mandi.

Pihak Yayasan Ikhlas akan membantu menyumbangkan peralatan kerusi khas bagi memudahkan pergerakan dan ia sangat membantu lebih-lebih lagi ketika proses mandian, baring, makan dan pergerakan lain bagi meringankan urusan pengendalian oleh ahli keluarga.

Kerusi khas ini menelan belanja sebanyak RM 5000-6000 di bawah projek Bantu Pesakit Sihat anjuran Yayasan
Ikhlas. Kelihatan raut wajah ayahnya begitu terharu atas pemberian bantuan ke atas anaknya.

Yayasan Ikhlas ingin menyeru kepada anda semua untuk menyumbang kepada projek Bantu Pesakit Sihat. Dengan sumbangan anda setidak-tidaknya anda telah menggembirakan hati adik ini selain dari ganjaran pahala.

Sumbangan boleh dibuat ke akaun Maybank – 5628 3463 6228 (Rujukan: Bantu Pesakit Sihat) atau layari www.bantupesakitsihat.com atau hubungi kami di talian 019-6115 954 untuk maklumat lanjut.

Gambar: Junaili terharu ketika Prof. Dr. Zainur Rashid (kiri) menyantuni anaknya bersama Datuk Ustaz Bungsu memberikan sumbangan

(17)

Derita seorang kanak-kanak hidap penyakit Cerebral Palsy sejak lahir

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>