Diperkecil kerana tidak pandai membaca, kanak-kanak pernah selamat mangsa lemas kini aktif sukan memanah sambil berkuda

KANAK-KANAK yang pernah diperkecil kerana tidak pandai membaca oleh seorang ibu suatu ketika dahulu telah menyelamatkan anak wanita itu daripada lemas di kolam renang dengan membantu melonjakkan tubuh mangsa ke atas.

Hannah yang sememangnya cepat menangkap sebarang arahan dengan pantas terus menyelam dan menolak kaki dan punggung budak yang berusia lapan tahun pada masa itu sebaik sahaja mendengar arahan bapanya.

Tindakan segera Hannah yang lebih muda dari mangsa berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu dan menjadi titik permulaan keinsafan wanita yang pernah memperlekeh Hannah itu.

Kisah ini berlaku setahun lalu, di mana waktu itu Hannah sering beraktiviti di kolam renang selepas mengasah kemahiran dalam sukan memanah. Pada usia lima tahun Hannah mencecahkan kaki ke kolam renang buat kali pertama sehingga mahir dalam aktiviti itu.

Hannah sedang mandi kolam tempat kejadian beliau menyelamatkan kanak-kanak hampir lemas, setahun lalu. (Foto FB: Abu Hannah)

Hannah dibekalkan pelbagai kemahiran terutamanya melibatkan aktiviti sunnah seperti berenang, memanah dan menunggang kuda sedari kecil. Maka tidak hairanlah Hannah sudah berjasa menyelamatkan insan lain seawal usia tujuh tahun.

Menurut bapa Hannah yang lebih dikenali di laman Facebook sebagai Abu Hannah, anak tunggalnya itu dilengkapkan kemahiran sunnah itu kerana manfaat yang besar dalam aktiviti tersebut.

Berenang walaupun aktiviti yang sangat memenatkan tetapi adalah senaman yang paling selamat tanpa risiko kecederaan otot dan tisu, sebaliknya melibatkan penggunaan keseluruhan otot, selain baik untuk kawalan pernafasan, keseimbangan tenaga dan mengajar seseorang itu tenang.

Kini Hannah bukan sahaja mahir berenang dan memanah, tetapi melangkah maju dengan mengakrabi sukan berkuda pula. Pernah jatuh dari kuda, kanak-kanak bertubuh kurus ini tidak serik dan terus cekal belajar memanah sambil menunggang kuda; kemahiran yang memerlukan bukan sedikit keberanian.

“Berenang, memanah, berkuda. Semua ni akan naikkan tahap keyakinan dan keberanian seseorang. Daripada yakin kepada ainul yakin dan kepada haqqul yakin.

“Anak takut-takut, kurang keyakinan diri? Hantar dia memanah dan berenang,” saran Abu Hannah.

Selain berenang, memanah dan menunggang kuda, Hannah juga berani melakukan aktiviti lasak seperti memanjat pokok.

Beliau juga berpendapat dakwaan yang menyatakan mereka yang mengidap penyakit lelah tidak boleh berenang adalah tahyul.

“Berenang itu ubat lelah dan asma sebab apabila berada dalam air kita akan latih paru-paru bekerja dengan stabil.

“Hadis Nabi SAW ini bila kita dengar terus buat. Sebab di situ ada manfaat yang kuat,” ujarnya lagi.

Beliau juga menghantar Hannah belajar memanah untuk membina daya fokus yang tinggi kerana memanah mengutamakan daya fokus, fizikal dan kesungguhan.

Dengan ketiga-tiga kemahiran sunnah yang dibekalkan ini diharapkan Hannah menjadi seorang srikandi Islam yang mampu membela agama, bangsa dan negaranya; suatu kesedaran yang semakin pudar dari ibu bapa masa kini kerana menumpukan kepada persiapan diri anak-anak dengan kemahiran akademik semata-mata.

Gambar: Hannah kini diperlengkapkan dengan tiga kemahiran sunnah; berenang, memanah dan menunggang kuda.

(5)

Diperkecil kerana tidak pandai membaca, kanak-kanak pernah selamat mangsa lemas kini aktif sukan memanah sambil berkuda

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>