July 27, 2024 3:06 PM
LOGO-HBIT

Duit hanya cukup beli sepapan telur, isteri tanda setiap telur elak terlebih guna

“BANG, bagusnya kalau kita boleh sambut ulangtahun di Mekah?”

Dia berseloroh sambil tersengih. Mungkin dia anggap kata-kata itu sekadar gurauan. Namun jauh di sudut hati, aku berdoa moga Allah pilih kami lagi dan makbulkan hasratnya.

Kami diijabkabul di tahun 3 perubatan. Tak mudah berumahtangga ketika masih belajar. Pernah sekali aku betul-betul tak ada duit. Tapi takkanlah dah ada isteri pun aku tergamak nak minta duit belanja dari Abah. Duit aku hanya cukup-cukup beli sepapan telur.

“Sayang, bulan ini abang mampu beli ini saja. Kita makan nasi dengan kicap, telur sebiji kita kongsi ya?”

“Tak apalah, ini pun dah cukup.”

Dia masuk bilik ambil pen marker dan tulis atas telur nombor 1 hingga 30. Tujuan supaya tak masak lebih dari sebiji setiap hari. Aku sebak.

Tujuh tahun lepas aku disahkan ada ketumbuhan rahang. Perlu jalani pembedahan besar. Pembedahan ini menjadikan aku manusia bisu. Mulut diikat dengan dawai dan tekak ditebuk. Kaki disimen, minum susu ikut hidung dan kencing melalui tiub.

Seksanya Allah saja yang tahu. Namun, dia tetap setia di sisi menemani dan menjagaku, sedikitpun tidak mengeluh. Dialah yang sentiasa memberiku kata-kata semangat waktu aku putus harapan.  Dialah yang sentiasa memahami dan memberi sokongan penuh untuk setiap apa yang aku lakukan.

Rombongan umrah di bawah pakej kelolaan Al Ridzuan Travel & Tours Sdn Bhd

Di sebalik kehebatan seorang lelaki, ada wanita hebat di belakangnya. Wanita yang telah banyak berkorban. Kerana itu aku berusaha sedaya yang mampu untuk penuhi hasratnya.

Syukur Allah mudahkan dan pilih kami lagi untuk menjejaki kaki di Tanah Haram dan menziarahi Rasulullah s.a.w.

Terima kasih Puan Shieda Rashidah yang telah banyak membantu memudahkan segala urusan kami. Umrah kali ini saya memilih Al Ridzuan.com.

Nasihat saya untuk suami, hargailah isteri ketika susah dan senang. Jangan lupa pengorbanannya bila kita berada di puncak. Layanlah dia sebaik mungkin. Hargai dia. Hari ini dia ada, esok lusa mungkin dia tiada. Buat apa saja yang terdaya untuk tunaikan hasratnya. Kerana apa yang dia buat untuk kita dan keluarga tiada bandingan.

Tanah haram menjadi saksi ulangtahun perkahwinan kami yang ke-10. Doakan perjalanan kami dan amalan diterima Allah. Saya doakan kalian juga dipilih untuk jadi tetamu Allah.

Bagi mereka yang berminat menghadiahkan pasangan mereka untuk menunaikan umrah, boleh hubungi:

www.alridzuan.com | 012-420 0388 | SMS TM UMRAH KE 68886

ALAMAT: AL RIDZUAN TRAVEL & TOURS SDN BHD – No 9A Persiaran Banyan Square 1, Bukit Banyan, 08000 Sungai Petani, Kedah

Gambar: Ahmad Samhan bersama isterinya yang banyak berkorban semasa waktu susahnya.