Gadis mangsa samun terpaksa dipotong tangan akibat kecederaan tabah bantu ibu cari rezeki, syukur masih diberi nyawa

TARIKH 26 Ogos 2021 tidak akan dilupakan Siti Nur Azizah Syafriadi, 17, seumur hidup apatah lagi tragedi yang berlaku pada malam Khamis itu meninggalkan detik hitam dalam hidup apabila tangan kanannya terpaksa dipotong sehingga paras bahu akibat kerakusan tiga lelaki tidak berperikemanusiaan. 

Dalam kejadian pada jam 12.30 malam itu, motosikal yang dinaiki Siti Nur Azizah bersama rakannya tiba-tiba dihimpit dua buah motor sebelum suspek menendang motosikal mereka sehingga menyebabkan kenderaan terbabit hilang kawalan sebelum terbabas ke pembahagi jalan, mengakibatkan Azizah cedera di bahu kanan dalam kejadian di Jalan Kuching menghala ke pusat bandar.

Akibat kejadian tragis itu, Siti Nur Azizah bertarung nyawa apabila empat hari koma dan 12 hari terlantar di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas parah disamun. Kecederaan yang dialami remaja ini sangat serius, tangannya berlubang besar di bahagian ketiak sehingga nampak isi dan tulang, selain saraf utama putus umpama tali yang disentap, malah paras oksigennya semakin menurun menyebabkan pasukan perubatan terpaksa melakukan pembedahan ketika itu juga tanpa melakukan CT Scan dan X-Ray untuk menyelamatkan nyawanya. 

Azizah menunjukkan sebahagian baju jersey yang dijual atas talian.

Selain kecederaan serius pada tangan, Siti Nur Azizah turut mengalami gegaran otak mengakibatkan ada darah beku di kepalanya. Ketika pembedahan doktor mendapati ada pendarahan organ membabitkan hati, paru-paru dan limpa.

Pada pagi Jumaat, ibu remaja ini, Roslinawati Ya, 39, dimaklumkan tangan Siti Nur Azizah sudah membiru dan sudah tidak lagi boleh berfungsi walaupun salur darah utama sudah dijahit. Untuk menyelamatkan nyawa, tangannya terpaksa dipotong sehingga paras bahu bagi mengelak jangkitan kuman merebak.

Selepas hampir tiga bulan kejadian itu berlaku, Siti Nur Azizah dapat menerima keadaan yang menimpa dirinya dengan tenang dan reda. Tiada setitis air matanya tumpah sebaik dimaklumkan dia kehilangan sebelah tangan. Malah, dia menunjukkan semangat yang kuat untuk pulih dan mula membiasakan diri dengan keadaan dirinya. Keadaan kesihatannya juga memberangsangkan biarpun setiap bulan perlu menjalani rawatan susulan dengan enam doktor pakar di HKL.

Selepas hampir tiga bulan kejadian itu berlaku, Siti Nur Azizah dapat menerima keadaan yang menimpa dirinya dengan tenang dan reda. Tiada setitis air matanya tumpah sebaik dimaklumkan dia kehilangan sebelah tangan. Malah, dia menunjukkan semangat yang kuat untuk pulih dan mula membiasakan diri dengan keadaan dirinya.

Mengakui sedih dengan kejadian yang menimpa diri, namun Siti Nur Azizah bersyukur kerana Allah hanya mengambil tangan bukan nyawanya. Dia sentiasa berfikiran positif apabila memikirkan ada orang yang lebih malang berbanding dirinya.

Tragedi yang berlaku tidak membuatkan gadis ini berputus asa. Dia nekad menggunakan kudrat yang ada untuk menumpukan kepada perniagaan dalam talian demi membantu ibunya yang memikul tanggungjawab membesarkan empat adik berusia 16 hingga tujuh tahun selepas bapanya meninggal dunia pada tahun 2018 akibat darah tinggi.

Untuk menderma sila layari ybim.org.my/suaraasnaf dan tekan Asnaf 68 atau terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Gambar: Tangan Azizah terpaksa dipotong sehingga paras bahu bagi mengelak jangkitan kuman merebak yang boleh mengancam nyawanya.

(30)

Gadis mangsa samun terpaksa dipotong tangan akibat kecederaan tabah bantu ibu cari rezeki, syukur masih diberi nyawa

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>