Hampir putus asa, Hafiz akhirnya sujud syukur di lantai lobi TV AlHijrah tatkala terima berita gembira

KEBESARAN Allah boleh dirasai di mana-mana, tanpa syarat latar tempat dan masa. Kesyukuran pula datang menyerbu jiwa apabila kebesaran Allah terbukti depan mata, hanya dengan ungkapan Kun Fayakun. Allah Maha Berkuasa menjadikan sesuatu dan menunaikan hasrat hamba dalam sekelip mata.

Selebriti Instagram dan pengasas produk kecantikan, Hafiz Mahamad dalam sebuah video di laman Instagramnya kelihatan sujud syukur di lantai lobi TV AlHijrah semalam setelah mendapat berita gembira sewaktu dalam kepenatan dan rasa putus asa hampir menjerut kehidupannya.

“Terduduk dan sujud syukur saya terima berita ini. Bacalah apa yang saya tulis dan awak akan faham. Saya dah dua tiga hari tak balik rumah sebab kerja. Tengah berbincang dengan pasukan di stesen TV tadi, tiba-tiba staf saya kemaskini. Mengalir air mata dan lembik terus tubuh badan saya.

“Allah baik sangat, saya hampir “give-up” untuk teruskan usaha apa yang saya mahukan ini,” tulis Hafiz.

Beliau yang telah lima tahun bekerja keras membina impian itu bersama pasukannya sehingga terpaksa berkorban masa bersama-sama anak isteri sangat bersyukur dikurniakan “hadiah dan sejarah” indah semalam, disaksikan beberapa orang yang lalu-lalang di kawasan lobi.

Hafiz sebelumnya berimpian isterinya mempunyai klinik kulit sendiri, sekaligus meletakkan Ainaa sebagai produk tempatan pertama yang mempunyai klinik kulit sendiri. Namun impian tinggal impian sejak tahun 2020 apabila beberapa aral melintang impian yang sedang direalisasikan.

Hafiz Mahamad yang kebetulan berada di stesen TV AlHijrah sewaktu mendapat berita gembira dalam perniagaannya terus sujud syukur di lantai lobi stesen televisyen itu semalam. (Gambar petikan video: IG @hafizmahamad)

“Hari ini, saya dah boleh beri jawapan yang tepat… Ia akan jadi manfaat yang besar untuk orang ramai,” nyata Hafiz atas kesyukuran yang membuatkan beliau bersujud syukur di premis itu.

Sewaktu menerima ujian dan halangan yang melintang itu, Hafiz menyerahkan urusannya kepada Allah tak cuba tidak berputus berharap. Tahun demi tahun, sewaktu hampir putus asa beliau merintih dan memohon bantuan Allah dengan nazar akan menghantar dua anak yatim ke Baitullah.

Kesungguhan meminta bantuan tersebut, Allah memakbulkan permintaan Hafiz sebulan selepas nazar tersebut. tu

Hafiz berkongsi kisah perjuangannya membina impian dan merealisasikannya ini dengan harapan dapat menyuntik semangat serta membuka peluang pada anak muda lain supaya tidak berhenti untuk bermimpi.

Aturan Allah yang sangat seni hanya akan difahami oleh mereka yang kuat tali pergantungannya dengan Allah; kerana kunci utama kejayaan seseorang itu ialah penyerahan dan keyakinan secara total kepada-Nya. Allah Maha Mendengar bisikan hamba-Nya.

Gambar: Hafiz Mahamad sujud syukur di lobi stesyen TV AlHijrah setelah mendapat berita gembira yang telah ditunggu sekian lama. (Petikan video IG Hafiz Mahamad)

(3)

Hampir putus asa, Hafiz akhirnya sujud syukur di lantai lobi TV AlHijrah tatkala terima berita gembira

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>