Hayya Bil KAFA sempena musim sekolah di aplikasi Alhijrah Plus

MEMILIH kandungan bermutu untuk anak-anak adalah salah satu cabaran terbesar mutakhir ini lantaran terlalu banyak kandungan yang kurang sihat berlegar di sekitar kita. Zaman hanya ada televisyen, tugas ibu bapa memantau tontonan anak-anak lebih mudah, namun pada era gajet di tangan, tugas ini menjadi berganda sukar.

Selain kandungan yang kurang sesuai, ibu bapa juga menghadapi masalah di luar kemampuan seperti iklan dan algoritma yang mengemudikan penonton kepada kandungan yang kebanyakannya boleh merosakkan pemikiran anak-anak.

Menyedari keresahan ibu bapa dan keperluan yang semakin meningkat terhadap kandungan bermanfaat, TV AlHijrah mengetengahkan Hayya Bil KAFA, program pembelajaran ilmu agama melalui silibus KAFA yang menekankan pembelajaran Al-Quran dan fardhu Ain.

Program yang sangat penting untuk pengetahuan asas Pendidikan Islam ini dipilih untuk siaran sempena cuti sekolah bagi mengisi masa lapang anak-anak dengan aktiviti bermanfaat dan menyuburkan pembangunan sahsiah mereka.

Selain itu ia bertujuan menggalakkan ibu bapa mengambil bahagian dalam membantu anak-anak mengulangkaji pembelajaran asas ilmu agama, sekaligus merapatkan lagi jalinan kasih sayang antara keluarga.

Selain sesi pembelajaran, rancangan ini juga memaparkan ulangkaji serta soal jawab bersama para pelajar di dalam studio untuk lebih memahamkan pelajar.

Hayya Bil KAFA akan disiarkan di saluran aplikasi Alhijrah Plus bermula 10 Disember ini dan juga akan disiarkan di televisyen bermula 17 Disember setiap Sabtu dan Ahad jam 1.30 petang.

Ibu bapa yang belum memuat turun aplikasi ini ke telefon anak-anak bolehlah berbuat demikian dengan mengunjungi laman sawang www.alhijrahplus.com atau muat turun aplikasi dari GooglePlay dan App Store.

(22)

Hayya Bil KAFA sempena musim sekolah di aplikasi Alhijrah Plus

| Advertorial2, Semasa | 0 Comments
About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>