Ibu kutip tin sara hidup, ikrar jaga anak-anak OKU selagi hayat dikandung badan

BEGITULAH luahan Puan Rahimah sewaktu kami dari Yayasan Ikhlas Johor Bahru menziarahi dan menyantuni beliau sekeluarga di Kg Kempas Permatang tempohari.

Rahimah ketika ini menguruskan dua orang anaknya yang mengalami Celebral Palsy sejak berumur setahun lebih. Zulkiilfli dan Nor Hasimah masing-masing berumur 32 dan 24 tahun yang sehingga kini
tidak mampu mengurus diri sendiri dan mengharapkan kudrat Rahimah. Manakala seorang lagi anak yang berusia 28 tahun mengalami kelainan upaya cacat pendengaran.

“Tak apa, biasa dah begini. Mereka anak-anak saya. Siapa lagi yang boleh kasihi dan jaga mereka seperti saya. Selagi masih bernyawa. InsyaAllah” kata beliau dengan mata berkaca-kaca.

Petugas Yayasan Ikhlas berkunjung menyantuni anak-anak Puan Rahimah untuk memberi sumbang dan bantuan keperluan.

Rahimah tidak mempunyai pendapatan tetap kerana mengasuh anak-anak beliau. Apa yang mampu beliau lakukan adalah mengutip tin dan kotak-kotak terpakai untuk menanggung keperluan harian.

Kami yang hadir turut berasa sebak. Ya Allah, permudahkan semua urusan Rahimah sekeluarga.

Yayasan Ikhlas Johor Bahru bersama JPKK Kempas Permatang menyerahkan bantuan kerusi roda jenis ‘recliner’ dan bantuan susu khas serta pampers dewasa untuk kegunaan kedua-dua anak beliau.

Moga-moga dengan sedikit bantuan yang diberikan dapat meringankan beban mereka sekeluarga. Tak mungkin sama bantuan ini bagi menggantikan kesusahan beliau yang mengasuh anak-anak istimewa lebih 30 tahun.

Gambar: Petugas Yayasan Ikhlas menziarahi anak-anak puan Rahimah

(0)

Ibu kutip tin sara hidup, ikrar jaga anak-anak OKU selagi hayat dikandung badan

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>