Ikut pesan Rasulullah SAW jadi umat yang beri manfaat, Pengarah PPAS ‘buka pintu’ perpustakaan untuk mangsa banjir, turut susun kerusi meja

“JOM kita bergambar di sana. Saya suka dengan kata-kata ini. Pesanan ini daripada Nabi kita,” ajak Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Datin Paduka Mastura Haji Muhamad.

Mereka bergambar berlatar belakang gegantung bertulis pesanan Rasululullah SAW yang diriwayatkan Ibn Hibban, bermaksud “Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain.”

Kekaguman seorang mangsa banjir Shah Alam terhadap pengarah PPAS yang menyantuni mangsa banjir ini diluahkan dalam laman Facebooknya Shahrul Zaman Lukman.

Menurut beliau, seawal Shah Alam dilanda banjir, pintu PPAS telah pun dibuka seluas-luasnya kepada mangsa banjir. Segala kemudahan diguna pakai bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada mereka yang dilanda musibah.

“Pukul 12 malam kami tiba di sini, diberi kebebasan untuk beradu di mana sahaja di tingkat bawah. Pakaian kami basah, diberikan baju PPAS yang baru kepada kami. Kafe perpustakaan diminta sediakan masakan dan minuman panas, makanan cukup dan sedap, tempat tidur selesa,” tulis Shahrul.

Ini semua dilakukan kerana bagi Mastura “Kita nak jadi yang terbaik kena contohi Rasulullah SAW.”

“Allahu, sejak hari pertama sehingga kini, beliau masih menyantuni semua orang mangsa banjir yang tiba di sini. Tiada kekok para staf dan petugas dengan beliau. Malah, kerusi meja pun beliau tolong susun juga. Kagum saya!

“Bantuan makanan, pakaian dan barang-barang harian tak putus tiba. Warga Shah Alam tak kira kaum datang memberi dan menyumbang. Tahniah! Para petugas tak habis-habis mempelawa mangsa banjir untuk makan dan minum. Subhanallah, sangat mengambil berat,” tambahnya lagi.

“Sila datang bagi mereka yang tiada penginapan disebabkan banjir. Kita mahu jadikan di sini tempat perlindungan bertaraf seperti hotel!” ujar wanita hebat ini.

Ternyata beliau bukan hanya membaca hadis Baginda SAW, sebaliknya amat menghargai dan mempraktikkannya sebaik mungkin.

Gambar: Penulis bergambar bersama Pengarah PPAS, Datin Paduka Mastura Haji Muhamad.

(4)

Ikut pesan Rasulullah SAW jadi umat yang beri manfaat, Pengarah PPAS ‘buka pintu’ perpustakaan untuk mangsa banjir, turut susun kerusi meja

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>