Jangan biarkan tasbih kusam, pesanan dalam Tidak Terputus Tasbih Itu

OLEH: SRIRAHAYU SARIFIN

TELEFILEM “Tidak Terputus Tasbih Itu” yang dimulakan dengan alunan muzik yang sangat menyentuh hati dan perasaan serta suasana kampung menjadi singkapan tabir pada permulaan cerita.

Jasman yang memegang watak utama adalah anak kepada pasangan Datuk Jasni dan Datin Hanum diamanahkan untuk menjaga syarikat ayahnya iaitu Syarikat Gold Holding, sebuah syarikat pembinaan terkemuka.

Jasman yang kerap pulang ke kampung telah terjumpa sekeping gambar yang menjadi tanda tanya kepada para penonton. Apakah rahsia disebalik gambar tersebut? Persoalan ini menjadi tarikan kepada penonton untuk terus bersemangat mengikuti cerita yang selanjutnya.

Debaran pembuka rahsia terwujud apabila hadirnya pelakon Nasir Bilal Khan pada minit ke-sepuluh apabila dia hadir ke kampung halaman yang selalu dikunjungi oleh Jasman dengan mencari seseorang. Namun, orang dicarinya telah pun meninggal dunia sepuluh tahun lalu. Kenangan demi kenangan sering menerjah ke dunia realiti beliau.

Pada plot seterusnya, menyentuh perihal Jasman yang ditegur oleh ayahnya membantu pekerjanya Yanto untuk membayar sewa rumah yang tertunggak menyebabkan Jasman sedikit kecil hati dan tidak pulang ke rumah.

Rentetan daripada itu, ada luahan dari Yanto ketika malam hari menyebut sebuah nasihat “Kita ini manusia kadang-kadang hanyut. Kita kaya ada harta, punya banyak wang, punya kereta besar, tapi kadang-kadang kita lupa untuk berzakat, lupa untuk bersedekah, terkadang kita lupa semua ini hanya pinjaman sementara.

Datuk Rahim Razali memegang watak Datuk Jasni dalam telefilem Tidak Terputus Tasbih Itu yang disiarkan di AlHijrah Plus.

“Tapi sampai masa kita akan mati, kita akan tinggalkan segala-galanya. Walau hebat sekalipun,

sampai masanya akan kembali kepada asal. Cuma, apabila sudah dikehendakinya Kun Fayakun maka terjadilah ia.”Nasihat inilah yang menjadi igauan kepada Jasman.

“Sampai hati Man nak tinggalkan mak…” Imbauan kenangan ini sangat menyentuh hati dan menimbulkan persoalan serta membuatkan penonton tertanya-tanya apakah sebenarnya yang terjadi pada sorotan cerita yang lepas?

Plot cerita seterusnya ini, dengan iringan muzik yang mendayu-dayu mendorong Jasman untuk terus pulang ke kampung. Sesampainya di kampung, Jasman terjumpa seorang tua yang dipanggil Pak Man. Perbualan sehening malam membuahkan sebibit persahabatan antara Pak Man dan Jasman.

Pada babak seterusnya, nenek Jasman yang menjaga sejak kecil beliau ada berpesan ketika hari ulang tahun Jasman “Bersolatlah dan bertasbihlah kepada Allah. Jangan biarkan tasbih itu pudar dan kusam dengan sendirinya. Bila kita selalu ingatkan Allah, Allah juga akan hampir dengan kita.”

Kata-kata nenek Jasman adalah dakwah ‘bil hal’ kepada para penonton.

Pada saat kemuncak Datuk Jasni bertegas untuk menjual tapak rumah dan rumah pusaka yang selalu dikunjungi Jasman, maka bermulalah pertemuan yang cukup bermakna antara Datuk Jasni dan Pak Man. Pertemuan ini telah menyambung kembali tautan yang telah lama terputus, umpama “berselindung di sebalik telunjuk” dua beradik ini menitiskan air mata, memeluk tubuh sealiran darah, amat menyetuh hati para penonton.

“Ini rumah kita, untuk kau…”Akhirnya, tidak terputus tasbih itu. Begitulah pengakhiran yang cukup bermakna untuk semua penonton mengambil iktibar dan ibrah daripada cerita ini. Sangat berbaloi dan menarik untuk ditonton, InsyaAllah.

Gambar: Nasir Bilal Khan memegang watak Pak Man dalam Tidak Terputus Tasbih Itu sedang beribadat di rumah yang ditumpanginya.

* Penulis adalah Peserta Pertandingan Menulis Review Rancangan AlHijrah Plus.

(186)

Jangan biarkan tasbih kusam, pesanan dalam Tidak Terputus Tasbih Itu

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>