Kanak-kanak Palestin ceria kutip air hujan, edarkan untuk minuman orang ramai

SEWAKTU kanak-kanak di tempat kita mungkin sedang menikmati ayam goreng rangup di rumah-rumah yang selesa sambil menikmati permainan yang digemari di gajet-gajet pintar; atau sewaktu mereka berselimut tebal kedinginan di tilam empuk menyaksikan tempias hujan di jendela rumah agam, anak-anak Palestin ini tersenyum gembira di jalanan, mengumpul air ke dalam bekas-bekas.

Kelihatan dalam gambar dikongsi pemilik laman Facebook Dr Muhammad Salah dua kanak-kanak tersengih kegembiraan; salah seorangnya sedang menatang sedulang air dalam gelas plastik. Dari keterangan gambar, air tersebut dikumpul dari hujan dan dua kanak-kanak yang disapa keterujaan itu sedang mengedarkannya kepada orang sekeliling.

Penerimanya mungkin sahaja rakan sebaya yang sedang kesakitan atau ibu tua yang sedang bersedih kehilangan anak cucu atau seorang ayah yang sedang menyembunyikan air mata dalam hujan sebelumnya. Wajah ceria dua anak kecil ini mampu membuatkan sesiapa pun yang sedang berdukacita akan memperolehi semula semangat untuk terus hidup. Mereka berdua lambang kelestarian perjuangan Palestin yang akan terus marak.

Justeru itulah pengganas Israel beria-ia menghapuskan golongan kanak-kanak dalam serangan tidak bermoral sejak 7 Oktober lalu. Gaza yang kini menjadi kubur besar bagi kanak-kanak sejak serangan itu menjadi saksi perancangan terancang Israel dalam menghapuskan generasi pelapis perjuangan Palestin.

Kanak-kanak yang terkorban akibat pengeboman tentera Israel.

Jurucakap UNICEF, James Elder menjelaskan kanak-kanak terjejas teruk akibat konflik itu. Mereka bukan sahaja mati kerana pengeboman, tetapi kerana kekurangan rawatan yang diperlukan. Organisasi Save The Children pula berkata kanak-kanak yang maut di Palestin kini melebihi kanak-kanak yang terbunuh dalam konflik di seluruh dunia dari tahun 2020-2022.

Kementerian Kesihatan Palestin juga melaporkan dari 7 hingga 26 Oktober lalu, 2913 daripada 7028 yang terbunuh adalah kanak-kanak.

Kezaliman mereka nyata ketara apabila tentera Israel mengganas dan bertindak mengebom sekolah yang terdapat di kem pelarian yang disyaki tempat persembunyian ‘pengganas’ di utara Semenanjung Gaza yang digunakan sebagai tempat berlindung. Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan cedera di Sekolah Usamah bin Zaid di mana rakaman dan gambar memaparkan sejumlah mayat mangsa berkecai.

Kuffar yang semakin terserlah kegilaan mereka ini ternyata gagal menghapus kegembiraan di jiwa kanak-kanak Palestin yang sejak kecil mereka dididik dengan semangat juang yang tinggi dari ibu-bapa berjiwa pejuang. Senyuman dua anak kecil yang berbudi tinggi ini adalah satu tamparan hebat kepada pengganas Israel dan pemimpin mereka yang bongkak dan mementingkan diri.

(203)

Kanak-kanak Palestin ceria kutip air hujan, edarkan untuk minuman orang ramai

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>