Kasih Ramadan jelajah ke Pulau Upak Bajau di Sandakan

PETUGAS Yayasan Ikhlas cawangan Sandakan, Sabah pada Ramadan lalu menuju ke Pulau Upak Bajau yang dalam perjalanan mengambil masa kira-kira selama satu jam dengan menaiki sampan kecil ketika merentasi lautan. Tambahan pula keadaan cuaca pada waktu itu yang sememangnya panas terik. Hal ini tidak mematahkan semangat petugas Yayasan Ikhlas dalam memberi bantuan kepada penduduk asnaf disini. 

Setibanya di Pulau Upak Bajau kami terus menyampaikan sumbangan Kasih Ramadan kepada golongan asnaf seramai 430 orang. Sumbangan Kasih Ramadan ini adalah terdiri daripada makanan keperluan asas serta wang tunai.

Dalam penyerahan sumbangan kepada penduduk asnaf ini jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka saat menerima bantuan Kasih Ramadan dari Yayasan Ikhlas. 

Menurut Profesor Dr Zainur Rashid Zainuddin, “Nilai yang diagih mungkin kecil di mata kita, namun besar ertinya bagi yang memerlukan”. 

“Jauhnya kamu datang ke sini semata-mata bagi sumbangan kepada kami. Terima kasih banyak Nak, moga Allah limpahkan rahmat buat kamu semua,” ujar salah seorang penduduk Pulau Upak Bajau kepada petugas Yayasan Ikhlas yang datang berkunjung.

Selain itu, salah seorang asnaf yang Bernama Maria binti Zakaria, 45 tahun yang tinggal di Pulau Upak Bajau sejak dari lahir. Beliau diserang penyakit angin ahmar pada tahun 2020 yang menjadikan beliau tidak berupaya untuk melakukan kerja ruti seharian. Moga Allah berikan kesihatan dan kesembuhan kepada Maria.

Tahun lalu seramai 36,689 penerima manfaat di kalangan asnaf, anak yatim, ibu tunggal, OKU dan pesakit dibantu menerusi projek sama dengan menyasarkan golongan berkenaan untuk pemberian pek barangan asas, tajaan sahur dan berbuka serta sumbangan raya.

Pada tahun ini Yayasan Ikhlas cawangan Sandakan memberi sumbangan Kasih Ramadan kepada golongan asnaf yang menerima manfaat seramai 1720 orang.

Ayuh bersama Yayasan Ikhlas dalam menyantuni golongan asnaf dalam menyalurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Sumbangan dari anda sedikit sebanyak dapat dapat meringankan beban bagi mereka yang menghadapi kesusahan hidup.

Bagi anda yang ingin menyumbang di Yayasan Ikhlas boleh terus membuat sumbangan di yikhlas.fund/kasihramadansandakan atau menyumbang terus ke akaun bank Maybank – 5628 3463 6228 (Rujukan: Kasih Ramadan).

(17)

Kasih Ramadan jelajah ke Pulau Upak Bajau di Sandakan

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>