Khalifah Umar arah kilang arak milik muslim ditutup, sekat perdagangan import dan eksport, bukan Islam tidak boleh zahir aktiviti arak

PUNCA kematian akibat kemalangan jalanraya disebabkan pemandu mabuk sering menjadi tajuk berita di negara kita. Pelbagai komen masyarakat kita baca dalam media sosial, meminta hukuman berat dikenakan kepada pemandu mabuk yang menyebabkan kematian. Sehingga kini tidak banyak perubahan yang berlaku, arak tetap juga dapat diperolehi dengan senang di kedai-kedai di serata negara.

Tindakan Khalifah Umar Abdul Aziz dalam menangani isu arak di zaman beliau wajarlah dijadikan panduan untuk setiap pemerintah. Menurut Dr Ahmad Sanusi Azmi dalam hantaran saluran Telegramnya yang memetik kata-kata al-Qurtubi, Khalifah Umar pernah menghukum Muslim yang duduk bersama peminum arak.

Apabila ditanya mengapa kamu menghukum Muslim ini sedangkan dia berpuasa? Umar menjawab: Kamu adalah sebahagian dari mereka!

Umar mendidik kita supaya tidak redha dengan kemungkaran, bahkan tidak bersama dengan mereka yang menganjurkan kemungkaran, kata Dr Ahmad Sanusi. Malah bagi muslim yang terlibat dengan arak, Khalifah Umar akan mengenakan hukuman sebat sama seperti yang dilakukan oleh khalifah terdahulu.

Al-Imam Ibn Atiyyah menggunakan tindakan ini sebagai hujah bahawa seorang muslim seharusnya menjauhi majlis arak sedaya-upaya.

Kelulusan bagi membenarkan dua kilang arak di negara ini, Heineken dan Carlsberg beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pernah dibatalkan pada 6 April tahun lalu. (Gambar hiasan: Bernama)

Bagi bukan Islam yang tinggal di negara Islam pula, Khalifah Umar mengarahkan supaya mereka tidak menzahirkan aktiviti arak mereka. Berdasarkan hujah al-Imam al-Bayhaqi ketika menghuraikan tentang syarat-syarat ahli zimmah (bukan Muslim) yang tinggal bersama muslim, beliau berkata, “Umar Abdul Aziz pernah menulis surat supaya majlis arak (bagi bukan Muslim) seharusnya tidak dizahirkan” (tidak diheboh, didedah dan berlaku secara tertutup).

Menurut Dr Ahmad Sanusi lagi, Khalifah Umar juga dilihat cuba menyekat kemasukan dan kebebasan aktiviti import/eksport penjualan arak. Beliau diriwayatkan sangat bertegas dalam menguruskan arak yang sememangnya terbukti menjadi punca kepada kerosakan manusia.

Manakala menurut al-Imam Malik pula, Khalifah Umar dikatakan pernah mengarahkan supaya tempat-tempat perahan arak milik muslim seharusnya dihapuskan.

Pemimpin sejati sangat bertegas dalam berurusan dengan perkara yang melibatkan arak di mana orang Islam langsung tidak dibenarkan terlibat dengan urusan arak, manakala bukan Islam pula perlu menurut peraturan yang ditetapkan pemerintah seperti tidak menzahirkan aktiviti arak mereka.

Ini kerana pada dasarnya arak tidak pernah diiktiraf kebaikannya oleh mana-mana agama samawi pun atas kemudaratannya yang sangat besar kepada masyarakat. Berbangga-bangga dengan aktiviti minum arak serta mempromosikannya secara terbuka hakikatnya boleh dikira sebagai mencabar kedaulatan sebuah negara Islam.

Gambar hiasan: Tangkap layar yang memaparkan antara produk arak jenama Omar dijual di pasaran tempatan. (Media Sosial)

(8)

Khalifah Umar arah kilang arak milik muslim ditutup, sekat perdagangan import dan eksport, bukan Islam tidak boleh zahir aktiviti arak

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>