Lelaki warga emas sempat selamatkan diri dan isteri dalam banjir kilat

“HUJAN lebat tak berhenti sehingga pukul enam pagi, sedar-sedar air dah naik,” keluh seorang lelaki warga emas berbangsa Cina, umurnya dalam lingkungan 70-an kerana terjejas akibat banjir kilat di rumahnya di Kawasan Kampung Bangi Lama berikutan hujan lebat yang tidak henti-henti sejak malam semalam.

Semasa petugas Yayasan Ikhlas sedang membuat tinjauan keadaan banjir di kawasan terjejas, kelihatan seorang lelaki yang agak berusia sedang berjalan mengharungi air banjir paras lutut.

“Pukul tiga pagi saya bangun air belum naik lagi, tapi bangun pukul enam pagi tadi air dah naik tinggi,” luahnya sebaik sahaja ternampak petugas dari Yayasan Ikhlas.

Setelah menyedari keadaan air yang naik mendadak, beliau segera menyelamatkan diri dan isterinya serta barang-barang di dalam rumah. Barang-barang seperti perkakas dapur sempat beliau selamatkan ke tempat yang lebih tinggi.

Lelaki warga emas sedang menceritakan keadaan beliau dan keluarganya pada petugas Yayasan Ikhlas ketika ditimpa musibah banjir malam semalam di Kampung Bangi Lama

Tambahan pula keadaan isterinya yang tidak mampu berjalan dengan sempurna oleh kerana mempunyai masalah sakit kaki membuatkannya susah untuk bergerak dengan pantas.

Semasa air naik belaiu dan isterinya tidak dapat keluar dari rumah mereka untuk menyelamatkan diri ke
tempat yang lebih selamat oleh kerana air di sekeliling rumahnya naik secara mendadak dan mereka
cuma sempat berada di tempat yang tinggi di dalam rumah.

Malangnya hampir 50 ekor ternakan ayam miliknya mati ditenggelami air banjir dan hanya 50 ekor terselamat. Kepiluan yang beliau rasai jelas terpancar di wajahnya tatkala meluahkan keadaan yang
dialami pagi tadi.

Bagi anda yang ingin menyumbang untuk Misi Bantuan Bencana sila layari misibantuan.com atau
terus menyumbang ke akaun Maybank – 5628 3463 6228 (Rujukan: Bantuan Bencana) atau hubungi talian 019-611 5954.

Gambar: Lelaki warga emas mangsa banjir kawasan Kampung Bangi Lama sedang mengharung air di kawasan terlibat.

(4)

Lelaki warga emas sempat selamatkan diri dan isteri dalam banjir kilat

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>