Lima pergi, dua tak kembali dipanah petir ketika berteduh di bawah pokok

MEREKA pergi berlima, namun hanya tiga dari mereka masih hidup atas ketentuan Ilahi. Dua dari lima sahabat ini meninggal dunia akibat di panah petir ketika berada di kolam ikan.

Tragedi yang berlaku di Kolam Ikan Empang Kampung Cempaka, Lanchang, Temerloh lebih kurang 3.30 petang pada petang Ahad lepas meragut nyawa Muhammad Farhan Zainal Abidin, 20 dari Kampung Rantau Panjang, Temerloh dan Muhammad Fitri Fahmy Hashim, 27, dari Jalan Setia, Lanchang.

Menurut laporan Sinar Harian semalam, Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman, mangsa bersama tiga lagi rakannya berusia antara 22 hingga 47 tahun pergi ke kolam memancing tersebut kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Mereka berdua berteduh di bawah pokok di tepi kolam sebelumnya, apabila hujan lebat disusuli dengan petir melanda kawasan itu kemudiannya.

Pada masa itu, seorang rakan mereka balik ke rumah untuk mengambil telefon bimbit yang tertinggal, manakala dua lagi rakan membuat keputusan untuk pulang sebelum melihat kedua-dua mangsa rebah dan dipercayai pengsan.

Mereka sempat membawa mangsa ke KK Lanchang namun malangnya mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di klinik berkenaan.

Orang ramai dinasihatkan mengelakkan berlindung di bawah pokok tatkala petir dan ribut kerana kejadian serupa telah banyak kali berlaku.

Gambar: Dua lelaki yang disahkan meninggal dunia sebaik tiba di KK Lanchang Ahad lalu. (Sinar Harian)

(0)

Lima pergi, dua tak kembali dipanah petir ketika berteduh di bawah pokok

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>