July 27, 2024 12:19 PM
LOGO-HBIT

Misi Korban Ikhlas masih diteruskan di Asia Tenggara

Artikel ini disediakan oleh pihak Yayasan Ikhlas.

SETIAP kali menjelang bulan Zulhijjah, umat Islam di seluruh dunia bagi yang berkemampuan tidak mahu melepaskan peluang untuk melaksanakan ibadah korban. Ia bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah, menghayati semangat pengorbanan agung Nabi Ibrahim A.S. ketika Allah menguji Baginda supaya menyembelih anaknya.

Dalam Islam, ibadah korban merupakan sunnah muakkad, iaitu sunat yang sangat dituntut tetapi tidak diwajibkan. Ibadah korban merupakan salah satu cara umat Islam berkongsi rezeki dengan saudara seagama dan pada masa yang sama mendapat pahala dan keberkatan daripada Allah SWT.

Sehingga kini, masih lagi  timbul perdebatan korban di mana lebih baik, dalam atau luar negara? Trend untuk laksanakan ibadah korban di luar negara semakin meningkat saban tahun kerana kosnya yang lebih murah dan berpatutan tetapi ada pendapat menyatakan lebih afdhal untuk laksanakan ibadah korban di dalam negara kita.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-66 yang bersidang pada 25 Nov 2004 turut memutuskan bahawa hukumnya harus untuk mengagihkan daging korban ke tempat atau negara lain. Bermakna tiada sekatan untuk umat Islam membuat ibadah korban di luar negara. Penetapan tempat sama ada di dalam negara, kawasan lain atau penempatan orang miskin bukanlah rukun ataupun syarat sah korban.

Namun, diharapkan sedekah daging korban itu sampai kepada sasaran penerima malah tidak pula sehingga membazir. Oleh sebab itu Korban Ikhlas masih meneruskan misi syiar ibadah korban di empat lokasi Asia Tenggara  iaitu di Kemboja, Indonesia, Patani dan Mindanao Filipina. 

Korban Ikhlas tidak pernah melupakan saudara seIslam kita yang hidup susah dan dibelenggu kemiskinan di luar negara. Tinggal di kawasan pedalaman yang penduduknya minoriti Islamnya.

Pilihan ibadah korban di tangan anda, ayuh sama-sama menjalankan ibadah korban luar negara bersama Korban Ikhlas dan Pendaftaran Korban Luar Negara sudah dibuka, hanya serendah RM450 sahaja bagi korban penduduk Kemboja dan Filipina, RM700 bagi ibadah korban di Patani dan serendah RM800 sebahagian di Acheh, Indonesia.

Slot Korban Ikhlas luar negara juga boleh di buat ke akaun 1202 9010 0951 99 (Bank Islam) Pertubuhan Korban Ikhlas (Rujukan – Korban Ikhlas). Boleh layari korbanikhlas.com dan daftar terus slot korban dan pilih slot korban luar negara anda. Ayuh bersama Korban Ikhlas pada tahun ini. 

Hubungi 03-7890 6086 atau Whatsapp untuk pertanyaan lanjut tentang aktiviti Korban Ikhlas yang terkini, anda boleh ke Facebook Korban Ikhlas atau di Instagram korbanikhlas.atau Telegram Channel: Korban Ikhlas.

Korban Ikhlas, Rakan Korban Terbaik Anda!

Prof Zainur Rashid Zainuddin, Pengerusi Yayasan Ikhlas