Muslim dibelasah kerana berpuasa – perlunya sekolah satu aliran untuk wujudkan keharmonian

KELMARIN kita dikejutkan dengan insiden dua orang muslim dibelasah dan diacu pistol oleh majikan mereka hanya kerana mereka berpuasa.

Malah apa yang sangat menyedihkan apabila majikan tersebut dilaporkan memberikan ugutan dengan berkata: “”Jangan puasa. Siapa yang bayar gaji awak? Sayakah atau awak punya Allah? Awak mahu ikut Allah atau ikut saya?”

Perkara yang amat menyedihkan ini tidak sepatutnya berlaku dalam negara kita yang telah pun dibina dalam keadaan yang aman dan harmoni. Setiap kaum wajib menghormati kaum yang lain termasuklah dalam perihal isu-isu yang berkaitan agama.

Sekiranya diimbas kembali lembaran sejarah, insiden kezaliman dan pencabulan hak asasi sebegini bukanlah pertama kali berlaku. Di zaman Rasulullah SAW sendiri seorang muslimah pernah diselak pakaiannya dan ditertawakan oleh segerombolan Yahudi di Pasar Bani Qainuqa’.

Pencabulan hak asasi ini menyebabkan seorang pemuda muslim bangun mempertahankan kehormatan muslimah tersebut sehingga menyebabkan pemuda tersebut terkorban. Perkara ini tidak didiamkan oleh Rasulullah malah Baginda segera mengatur tindakan terhadap Yahudi yang menggangu hak seorang muslim.

Al-Imam al-Bayhaqi pula menceritakan bagaimana seorang lelaki Yahudi telah melakukan tindakan kurang sopan terhadap seorang perempuan muslimah pada zaman Saidina Umar. Ketika insiden tersebut berlaku, ‘Auf ibn Malik datang membela wanita muslimah itu lalu memukul lelaki Yahudi tersebut.

Sekolah satu aliran berupaya memberikan pendedahan dan kefahaman mengenai individu yang berlainan kaum dan sangat membantu dalam memberikan kefahaman yang jelas dan menghidupkan suasana yang harmoni dalam masyarakat. – Gambar: gpsbestari.com

Yahudi itu marah (kerana dipukul), lalu mengadukan perkara ini kepada Saidina Umar. Saidina Suhayb telah dihantar sebagai inspektor untuk menyiasat perkara itu dan ternyata perempuan tersebut telah dicabul. Umar lalu berkata: “Bukan sebegini perjanjian keamanan yang kami berikan kepada kamu”. Umar lalu mengarahkan lelaki tersebut dihukum.

Al-Imam Ibn al-Athir pula meriwayatkan kisah yang masyhur tentang seorang wanita muslimah yang menjadi tawanan ketika Zibatra (Sozopetra) ditawan oleh tentera Byzantine Rom. Tawanan wanita ini dianiaya sehingga beliau menjerit: Wa Mu’tasamah! (Wahai Mu’tasim!) bagi meminta tolong dari Khalifah Abbasiyyah ketika itu.  

Rintihan wanita ini didengari oleh seorang muslim lalu segera menyampaikan berita tersebut kepada Khalifah. Al-Mu’tasim mempersiapkan bala tenteranya bagi mempertahankan tanah muslim yang dicerobohi oleh tentera muslim sehingga mereka menang.

Lembaran sejarah di atas menunjukkan bagaimana seorang Muslim bersikap sangat sensitif apabila hak saudaranya diganggu. Mereka bangun mempertahankan hak saudara mereka malah pemimpin mereka sendiri bertindak bagi memastikan hak kaum muslimin tidak diganggu.

Lembaran sejarah di atas menunjukkan bagaimana seorang Muslim bersikap sangat sensitif apabila hak saudaranya diganggu. Mereka bangun mempertahankan hak saudara mereka malah pemimpin mereka sendiri bertindak bagi memastikan hak kaum muslimin tidak diganggu.

Masyarakat hendaklah dididik agar setiap individu berhak mengamalkan agama mereka selagimana ia tidak melakukan perkara yang secara jelas dilarang oleh syarak.

Sebagai muslim, kita menghormati amalan ritual keagamaan kaum yang lain. Begitu jugalah mereka seharusnya memberikan kebenaran untuk setiap muslim untuk mengamalkan agama mereka.

Orang bukan Islam tidak seharusnya menghalang muslim dari berpuasa, atau menolak permohonan kerja Muslimah yang memakai tudung atau menghalang kaum muslimin dari mengerjakan solat jumaat.

Andai perkara ini berlaku, tindakan seharusnya diambil bagi menjaga keharmonian sesama masyarakat majmuk. Apatah lagi sekiranya terdapat tindakan kekerasan dilakukan seperti merotan dan mengacukan pistol. Andai tiada tindakan susulan berlaku, dibimbangi perkara sebegini akan berulang.

Terkadang seseorang itu memusuhi perkara yang dia tidak tahu. Pendedahan terhadap kebaikan berpuasa dan elemen keharmonian agama Islam boleh diserapkan dalam pendidikan bermasyarakat.

Malah gabungan sekolah satu aliran berupaya memberikan pendedahan dan kefahaman mengenai individu yang berlainan kaum. Ini sangat membantu dalam memberikan kefahaman yang jelas dan menghidupkan suasana yang harmoni dalam masyarakat.

Gambar: Dua lelaki muslim yang dipukul majikan dan diacukan pistol kerana berpuasa dalam kejadian semalam, selain dihambur majikan dengan ugutan yang menghina agama. (Ismaweb.net)

*Dr Ahmad Sanusi Azmi adalah Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

PENAFIAN: Hbit.my tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui rencana ini. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab penulis.

(22)

Muslim dibelasah kerana berpuasa – perlunya sekolah satu aliran untuk wujudkan keharmonian

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>