Nasi pulut telur rebus sajian pertama lelaki yang dibebaskan dari tuduhan membunuh, hilang waktu berharga selama 27 tahun dipenjara kerana kekhilafan mahkamah

MENDERITA terkurung selama 27 tahun serta sering diseksa atas kesalahan yang tidak dapat dibuktikan bukanlah suatu perkara kecil kerana ia melibatkan kebahagiaan hidup seseorang.

Namun inilah yang berlaku kepada Zhang Yuhuan, 52 yang dipenjarakan atas tuduhan membunuh dua budak lelaki pada tahun 1993, namun dibebaskan Selasa lalu dengan alasan tiada bukti mencukupi untuk menyokong sabitan hukumannya.

Zhang merupakan tahanan paling lama menjalani hukuman penjara di China, lapor agensi berita Xinhua.

Walaupun mahkamah di timur China itu telah membatalkan sabitan hukuman itu, nilai kebebasan yang hampir tiga dekad dirampas daripada Zhang tidak mungkin dapat ditebus semula dengan permohonan maaf atas sejumlah wang.

Apatah lagi beliau juga terpaksa berhadapan penderaan fizikal sewaktu menjalani hukuman untuk mengorek bukti dan juga dipaksa mengaku bersalah atas jenayah yang mungkin tidak dilakukannya.

Pada awalnya Zhang dijatuhkan hukuman mati pada tahun 1995 tetapi ditukar kepada hukuman penjara seumur hidup selepas dia menjalani hukuman dua tahun penjara.

Apatah lagi beliau juga terpaksa berhadapan penderaan fizikal sewaktu menjalani hukuman untuk mengorek bukti dan juga dipaksa mengaku bersalah atas jenayah yang mungkin tidak dilakukannya.

Selepas beberapa rayuannya tidak berjaya, mahkamah Jiangxi pada Mac tahun lalu akhirnya bersetuju untuk menyemak semula kes berkenaan dan membuat kesimpulan tidak dapat mengaitkan bahan bukti yang ditemui dengan Zhang.

Media negara itu memaparkan pertemuan penuh emosi antara Zhang dan ibunya yang berusia 83 tahun serta bekas isterinya. Beliau juga menikmati sajian nasi pulut dan telur rebus bersama keluarganya sebagai santapan pertama selepas dibebaskan.

Peguam Zhang, Wang Fei memberitahu China Daily bahawa anak guamnya tetap akan menuntut ganti rugi walaupun mahkamah telah meminta maaf kepada Zhang atas perkara yang berlaku, selain membawa mereka yang bertanggungjawab dalam kes ini ke muka pengadilan.

Mahkamah di China dilaporkan mempunyai kadar sabitan sekitar 99 peratus dalam proses pendakwaannya.

Meneliti kes yang menimpa Zhang mengingatkan kita kepada keindahan perundangan Islam di mana seseorang tidak akan dikira bersalah dan dijatuhkan hukuman selagi tiada bukti kukuh yang menyabitkan seseorang itu bersalah.

Gambar: Penyeksaan juga kadangkala digunakan untuk memperolehi bukti dari mereka yang sedang disiasat. (bbc.com)

(0)

Nasi pulut telur rebus sajian pertama lelaki yang dibebaskan dari tuduhan membunuh, hilang waktu berharga selama 27 tahun dipenjara kerana kekhilafan mahkamah

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>