Normalisasi amalan songsang dan bermegah-megah dengan dosa bukti masyarakat porak peranda, cukup-cukuplah undang kemurkaan Tuhan

MENUNJUK dan berbangga dengan dosa atau khususnya mempunyai tabiat amalan seks songsang serta mempromosikannya pula sangat bertentangan dengan ajaran setiap agama.

Manusia melakukan kesilapan tetapi sebaik-baik mereka yang melakukan kesilapan ialah mereka yang bertaubat. Bertaubat itu ialah memohon ampun dari Allah atas kesilapan dan dosa yang dilakukan serta berikrar untuk meninggalkannya serta tidak mengulanginya lagi.

Ini bermakna mereka yang terus berbangga dan mengungkit kisah dosa mereka itu bukanlah mereka yang sebenar-benar bertaubat.

Usaha segelintir pihak yang suka mempromosi dan mengangkat kisah songsang untuk ditayangkan kepada masyarakat menjadi satu kebimbangan kerana ia boleh menjadi satu normalisasi dosa yang bakal mematikan fitrah diri.

Menurut Dr Ahmad Sanusi Azmi, Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran Sunnah USIM dalam laman Facebooknya, unsur perbuatan terkutuk yang dilarang oleh Allah dijadikan lakonan bagi terbitan siri bertemakan gay berjudul Stay Away From Me adalah tindakan yang sangat membimbangkan.

“Lebih menyedihkan sekiranya lakonan siri bertemakan hubungan songsang ini melibatkan warga Muslim sendiri sedangkan Allah secara jelas mengutuk perlakuan ini. Al-Quran menyifatkan kumpulan yang melakukan perbuatan songsang sebegini sebagai golongan yang melampau.

Penglibatan pelakon kanak-kanak bawah umur dalam drama Stay away From Me juga dikira menyalahi undang-undang negara ini.
(Gambar: Malaysia Post)

“Andai sekiranya Allah menyifatkan perbuatan songsang ini sebagai perbuatan yang terkutuk yang dibenci oleh Allah, maka, mengapa perlu kita melakonkan perbuatan tersebut yang secara tidak langsung menjadi medium promosi dan normalisasi perlakuan mungkar,” tegas Dr Sanusi.

Ini kerana telah sedia maklum bahawa perlakuan songsang sebegini bukan sahaja menyalahi agama, malah ia meninggalkan kesan negatif terhadap kesihatan manusia. Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan yang membuktikan kebanyakan pengidap HIV kini berpunca dari hubungan songsang wajarlah diinsafi.

Berdasarkan keburukan yang terlah terbukti daripada aktiviti songsang ini kepada individu dan masyarakat, apa perlunya lagi dipromosikan unsur-unsur yang berupaya membawa kepada kemungkaran dan kemurkaan Allah?

Sewajarnya pihak berwajib bertegas dalam membanteras keseronokan pihak sebegini dalam mengundang malapetaka oleh kerana berbangga-bangga dan seolah-olah mencabar larangan agama.

Kita tidak mahu kesombongan mereka mempersendakan hukum Allah menjadi asbab seluruh masyarakat dilaknat Allah kerana musibah Covid-19 yang belum selesai sekarang ini pun sudah tidak mampu kita hadapi. Usahlah diundang lagi kemurkaan Tuhan.

Gambar: Drama bertemakan hubungan songsang ini juga dilakonkan artis beragama Islam. (Sumber media sosial)

(3)

Normalisasi amalan songsang dan bermegah-megah dengan dosa bukti masyarakat porak peranda, cukup-cukuplah undang kemurkaan Tuhan

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>