Pakar perubatan UK sangkal dakwaan varian Afrika Selatan lebih mudah menular

BENARKAH dakwaan yang mengatakan varian Afrika Selatan lebih berbahaya dan senang menular berbanding virus dominan yang sedia ada dalam komuniti kini?

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Perubatan England, Profesor Dr Jonathan Van-Tam, beliau tidak percaya varian virus korona Afrika Selatan yang dikesan di United Kingdom lebih mudah menular berbanding virus dominan sedia ada sekarang.

Dalam satu taklimat di Downing Street, Van-Tam berkata terdapat banyak bukti bahawa vaksin yang sedang digunakan berkesan terhadap virus yang paling dominan ketika ini, lapor Reuters.

“Data awal pemodelan B.1351 tidak menunjukkan hal demikian, tidak menunjukkan bahawa varian Afrika Selatan mempunyai kelebihan penularan yang berbeza daripada virus kita saat ini.

“Kerana itu, tidak ada alasan untuk berfikir varian Afrika Selatan akan mengejar atau mengatasi virus semasa kita dalam beberapa bulan akan datang,” katanya.

Bagi Van-Tam, ancaman yang didepani adalah daripada virus sekarang ini dan vaksin yang sedang digunakan berkesan terhadap virus semasa.

Gambar: Van-Tam berkata tiada sebab untuk beranggapan varian Afrika Selatan akan berhasil mengatasi virus sedia ada dalam beberapa bulan akan datang. (Reuters)

(0)

Pakar perubatan UK sangkal dakwaan varian Afrika Selatan lebih mudah menular

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>