Pelajar perubatan santuni 500 orang penduduk di komuniti orang asli

KUALA MU, 25 September – Tiga hari dua malam bersama komuniti orang Asli Kampung Kuala Mu cukup untuk memberikan pengalaman yang luar biasa buat pelajar perubatan Kolej Antarabangsa Murni.

Lebih 500 orang penduduk orang asli telah berjaya disantuni dengan pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti Karnival Kesihatan, Kelas Iqra Al Husna, Forum Sembang Santai Dakwah Orang Asli, Ziarah Mahabbah, Sukaneka dan Rewang.

Program yang julung kalinya dianjurkan oleh Yayasan Ikhlas Ipoh dengan kerjasama Kolej Antarabangsa Murni dan Pejabat Agama Islam Daerah Sungai Siput ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada komuniti orang asli di sini.

Encik Zakaria Bin Ahmad selaku Ketua Hal Ehwal Pelajar (HEP) Kolej Antarabangsa Murni merangkap Ketua Rombongan berkata, “Program seumpama ini memberikan banyak pendedahan kepada para pelajar kursus Kumpulan 35 tentang budaya, adat dan cara hidup masyarakat orang asli di sini.

Tambahnya, majoriti peserta Kolej Antarabangsa Murni sangat teruja kerana ini kali pertama mereka melaksanakan tugasan Khidmat Masyarakat di luar Negeri Sembilan dan mereka sangat tertarik dengan keindahan Kampung Orang Asli Kuala Mu ini ditambah dengan masyarakatnya yang sangat mesra serta memberikan layanan yang sangat luar biasa buat ke semua peserta yang terlibat.

Pelajar Kejururawatan Santuni Anak Orang Asli

Tok Batin Hadu Bin Long berkata, “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Ikhlas dan semua pelajar kerana memilih kampung kami ini untuk menjalankan aktiviti bersama masyarakat kampung. Kami sangat gembira dengan kehadiran tuan puan yang banyak membantu kami di sini.”

Seramai 12 orang Mahasiswa dan tiga orang kakitangan dari Kolej Antarabangsa Murni telah menyertai Program Khidmat Masyarakat Komuniti Orang Asli di Perkampungan Orang Kuala Mu pada 23 hingga 25 September yang lepas.

Kolej Antarabangsa Murni terletak di Nilai, Negeri Sembilan dan telah memilih Yayasan Ikhlas sebagai rakan kerjasama untuk Kerja Kursus Khidmat Masyarakat bagi Batch 35 Diploma Kejururawatan.

Bagi anda yang ingin menyumbang di Yayasan Ikhlas boleh terus membuat sumbangan di sedekahsini.com/kempen supaya ramai golongan asnaf mendapat manfaat hasil dari sumbangan anda atau bagi yang ingin menyumbang ke akaun bank boleh terus menyumbang ke Maybank – 5628 3463 6228 (Rujukan: Infaq).

Gambar: Jururawat Kolej Murni santuni komuniti orang asli

(1)

Pelajar perubatan santuni 500 orang penduduk di komuniti orang asli

| Advertorial2 | 0 Comments
About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>