Pelajar Tahfiz Al-Quran Darul Tuba wakili Johor di Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan

SEORANG bekas pelajar Tahfiz Al-Quran Darul Tuba, Nurul Atikah binti Mohd Saupi telah mencipta sejarah apabila beliau telah menjadi Johan di Majlis Menghafaz Al-Quran peringkat negeri Johor tahun 2022, bagi kategori 1-20 juzuk.

Kejayaan ini melayakkan beliau mewakili Johor di peringkat kebangsaan pada tahun yang sama. Nurul Atikah bukanlah orang baru dalam dunia tahfiz Al-Quran. Sebelum ini, beliau telah khatam dan syahadah 30 juzuk Al-Quran di Tahfiz Al-Quran Darul Tuba.

Rutin pelajar di sini adalah melalui program ‘imtihan syahadah’ bermula seawal jam 4 pagi dan selesai khatam 30 juzuk Al-Quran pada jam 9 atau 10 malam.

Nurul Atikah telah khatam 30 juzuk Al-Quran pada 6 September 2019 bersamaan 6 Muharam 14441H dan berjaya menamatkan syahadah Al-Quran pada 22 Oktober 2020 bersamaan 5 Rabiulawal 1441H.

Kejayaan ini tidak datang dengan mudah. Beliau terus berusaha dengan gigih dan berdedikasi dalam menghafaz dan memahami isi Al-Quran. Bukan itu sahaja, pelajar ini juga merupakan seorang pelajar cemerlang dengan memperolehi keputusan 8A SPM (Fast Track SPM). Kini, beliau sedang melanjutkan pengajian di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam bidang Syariah dan Undang-Undang.

Kisah pencapaian pelajar Tahfiz Al-Quran Darul Tuba yang telah menjadi wakil Johor di Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan ini adalah satu contoh inspirasi bagi anak muda untuk berusaha dan berdedikasi dalam menimba ilmu agama. Beliau telah membuktikan bahawa melalui usaha yang gigih dan berdedikasi, kita mampu mencapai apa sahaja yang kita impikan.

Lawatan duta ke tapak pembinaan tahfiz.

Kita harus memberikan sokongan dan dorongan kepada mereka yang berjuang untuk mencapai impian mereka. Semoga pencapaian pelajar ini menjadi inspirasi buat semua anak muda di luar sana. Namun, kejayaan ini juga menyoroti masalah kekurangan ruang belajar di Tahfiz Al-Quran Darul Tuba.

Saat ini, tahfiz ini hanya mampu menampung 80 pelajar di dalam asrama dan tempat belajar mereka. Oleh itu, Tahfiz Al-Quran Darul Tuba bercadang untuk membina sebuah kompleks tahfiz yang dapat memuatkan seramai 250 pelajar. Tetapi, kos pembinaan tersebut memerlukan modal sebanyak RM11 juta, dan dana yang terkumpul kini hanya RM700 ribu. Oleh itu, Tahfiz Al-Quran Darul Tuba memerlukan sumbangan sebanyak RM10.2 juta dari orang ramai.

Pada Ramadan kali ini, Maahad Tahfiz Darul Tuba sekali lagi melancarkan kempen Infaq bagi membantu merealisasikan impian para pelajar di sini untuk memiliki bangunan mereka sendiri. Umat Islam di seluruh negara diseru untuk membantu menyumbang dari sudut kewangan terutamanya, kerana kita sendiri tidak pasti apakah ada peluang bagi kita menemui Ramadan seterusnya.

Justeru itu, ini menjadi waktu yang baik bagi kita untuk menyumbang kepada pembinaan Kompleks Tahfiz Al-Quran Darul Tuba dan membantu membangunkan pendidikan Al-Quran.

Sumbangan boleh dibuat melalui akaun Maybank: 5510 8937 4359 atau menghubungi nombor telefon 06 9785470 atau 010 6612316.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman web www.tahfizalqurandarultuba.com atau laman Facebook Tahfiz AlQuran Darul Tuba.

(42)

Pelajar Tahfiz Al-Quran Darul Tuba wakili Johor di Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>